Selasa, Januari 27, 2009

Sedetik Masa Bersama Gerhana Matahari

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam yang kerana Dialah kita dapat hidup di atas muka bumi yang teramat indah ini. Semalam tanggal 26.01.2009 (Isnin) saya dapat menyaksikan satu fenomena alam iaitu gerhana matahari separa yang boleh dilihat di Semenanjung Malaysia.

Sebenarnya, bercakap tentang gerhana matahari saya akui amat jarang dapat menyaksikannya secara 'live'..7-8 tahun lepas saya pernah melihat gerhana bulan. Melihat gerhana bulan tidaklah menyilaukan sangat mata berbanding melihat gerhana matahari. Saya juga sempat solat gerhana bulan bersama budak-budak asrama smkkb dengan diimamkan oleh Allahyarham Hj Nordin Jaafar. Berbalik gerhana matahari ini, saya sempat melayangkan sms kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat agar fenomena ini dapat dihayati dengan penuh kesyukuran dan ketakjuban.

Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan. (Foto di atas merupakan contoh keadaan Gerhana Matahari Separa).

Di Malaysia, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya. Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan. Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun tamat pada jam 6.58 petang. Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.

Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.

Oklah. Saya kira sekadar itu sahaja info dalam sedetik masa saya ini buat tatapan sendiri dan orang lain. Sekian, Wasssalam. Jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. Dalam paper today, ada menyebut gerhana di Malaysia kelmarin berlaku dgn jelas kelihatan pada jam 6.00 petang. Yang adinda hairan, masa tu adinda teropong, matahari panas terik tak nampak sedikitpun...

    BalasPadam
  2. kekanda jay..adinda tengok masa matahari duduk dalam awan.siap ambik gambar lagi...tak apalah.nanti tengok semula 28 julai ni.Tapi, gerhana tu mungkin tak nampak kat malaysia.

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails