Salam Lebaran. Salam Aidil Fitri. Salam Hari Raya Puasa. Begitulah putaran waktu, hanya sekejap Dia pinjamkan RamadhanNya sekarang sudah berada di Syawal mulia. Sayu, hiba entahkan ini Ramadan terakhir kita. Tapi, apakan daya hendak tak hendak kita kena hadapi jua. Hidup mati tiada siapa dapat menduga. Hari ini hari orang, esok lusa pasti hari kita.
Sebelum catatan ini melangkah jauh, ingin sekali lagi saya rakamkan ucapan syukur dan tahniah buat anak-anak kerana berjaya melalui detik Ramadan 1433H. Syukur kerana dapat merasai keindahan tarawih. syukur kerana dapat melalui sahur dengan sempurna tanpa ada yang 'tidak terkejut', letih macamana pun alhamdulillah tepat jam 4.15 pagi mata pasti terbuka dan hati akan teringat pada anak-anak terutama si bongsu. Andainya tidak bersahur...?
Oleh kerana puasa Ramadan berakhir sudah, raya pun sudah selesai kini tiba masa menyiapkan diri buat anakanda sulung pengarang jantungku. Melihat 'kerelaxannya' bikin saya rimas kerana tempoh persiapannya hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.Begitulah anak-anak zaman sekarang (anak saya saja kot..) semuanya kena bermula dari kita. Dia yang hendak 'belayar jauh' hati ibu pula gundah gulana. Lambaian selamat tinggal bumi Malaysia bagai terbayang-bayang di tubir mata. Manakala lambaian selamat datang Jordan melambai-lambai. University of Yarmouk, Irbid
Jenuh jugalah saya mendapatkan images dalam google demi memastikan anakanda bakal bermujahadah di bumi anbiya' dan mumtaz dalam pelajaran kerana bukan senang mendapat peluang keemasan seperti ini. Terima kasih pihak MAIDAM Terengganu kerana menaja 43 orang rakyat Terengganu berlabuh di bumi Jordan mencari ilmu duniawi dan ukhrawi.
Oklah dulu. Permisi seketika. Walaupun di mana jua anda berada bumi malaysia ataupun Jordan, matlamat kita hendaklah jelas dan jitu. Wassalam.
Tahniah buat nuzul..gunakan kesempatan ini untuk belajar sebaik mungkin seberapa banyak ilmu..pengalaman berada di tempat orang sukar diperolehi...
BalasPadam