Sabtu, Mac 20, 2010

Ayahanda Yang Istimewa

Pa....
Tanggal 15 hb. Mac empat lima hari lepas semasa saya dan kekanda Jay hendak bermain ‘rutin’ (pingpong) ada seorang pemandu teksi yang kemampusan enjin. Maaf, kekanda Fariza mesti marah kalau dia baca kisah saya dengan bahasa yang entah apa-apa ini. Tak apalah, asalkan cerita saya dapat difahami dengan mudah.

Berbalik pada kisah pemandu teksi itu, lantas kekanda Jay yang terperasan memberitahu saya bahawa pemandu teksi yang kemampusan enjin di depan rumah ibunda Hasmah bukan orang lain dengan kita. “Itu kalau tak silap mi, adik arwah pa tuh..!”. Masya Allah apa nak jadi dunia hari ini anak saudara tidak kenal bapa saudara. Lalu, saya memanggil bonda agar buat pengecaman. Maklumlah zaman sekarang bukan boleh buat peramah sangat. Maksud saya kena berhati-hati.

Rupa-rupanya memang betul tekaan kekanda Jay. Lelaki itu sememangnya adik arwah pa berlainan ibu. Kerjanya memang pemandu teksi. Ada kerja sampingan lain yang tak perlu saya catatkan di sini.. TETAPI lelaki yang bernama Mahasan bin Abdullah itu AMAT berbeza dengan arwah papa Haji Muhammad bin Abdullah (7.10.1944-23.06.2006). Berbeza bagaimana? Biar saya catatkan di sini :

1. Arwah Pa agak rendah tapi dia tinggi
2. Arwah Pa putih merah tapi dia hitam biru
3. Arwah Pa hidung tak berapa tinggi tapi dia ‘hidung tinggi’(mancung le..)
4. Arwah Pa banyak kemahiran tapi saya tak tahu kemahiran dia
5. Arwah Pa tidak pandai merokok tapi dia pakar merokok, buktinya semasa kami berbual di bawah pokok belimbing tempoh hari hampir sekotak rokok ditelan asapnya.

Kesimpulannya, memang saya masih ramai tidak mengenali anak-beranak sebelah arwah pa. Mungkin kerana adik-beradik arwah pa ramai yang bapa sama ibu lain-lain atau mak yang sama ayah pula lain. Bezanya arwah pa hanya tunggal dari bapa dan ibu. Itulah keistimewaan Pa. Terasa rindu pula apabila menyebut nama itu. (alfatihah buat Pa). Maka itu, kami anak-anak Pa merasa cukup bangga mempunyai ayah sepertimu.

Sekian, wassalam. Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami dengan keturunan kami. Ampunkanlah dosa-dosa kami jika sekiranya kami tergolong dalam golongan yang menjarak silaturrahim.

2 ulasan:

  1. Dalam gelak tawa membaca ttg tajuk"ayahanha yang istimewa, saya boleh menitis air mata..bukan sedih ttg kemampusan kereta tsbt,tapi bila menyebut ttg aruah pa, hati sebak, jiwa sedih...

    BalasPadam
  2. Begitulah hidup kita. Ada kalanya sesuatu berlaku di luar jangkaan kita... walau apa pun semoga kita tabah dalam setiap apa yang berlaku.

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails