Suspenkan lihat tajuk saya hari ni( pastinya, bukan meniru dalam peperiksaan).. Alkisahnya begini..ada seorang ustazah tu, kiranya hubungannya terlalu rapat dengan saya. Beza umur setahun saja. Dia lebih tua dari saya.Kerjanya ialah meniru tajuk-tajuk catatan saya. Saya tak marah pada dia. Jauh sekali hendak kutuk dia SEBALIKNYA saya rasa bangga kerana di sebalik sedetik masa sejentik rasa saya ini ada orang berminat membacanya dan respon pula dalam dia punya blog.
Tak pe..tak pe..saya tak marah.Saya sayang ustazah ni.Seminggu dua ni boleh pekenakan dia sebab saya difahamkan laptop dia sudah rosak dipanah dek petir.Habis jem modem dia.
Jangan marah ustazah jay.
Dari adikmu yang 'manja'.
Kekanda tidak marah sama sekali pada adinda,bahkan tersenyum sendirian..apa tidaknya, ada respon jugak rupanya penulisan kekanda di dalam blog. Maknanya, adinda suka juga membaca apa yang dipaparkan di blog kekanda.Tetapi bahasa adinda lebih tersusun,maklumlah adinda lebih segala-galanya dari kekanda.Soal anak, soal DG, soal..apa-apalah..hhehehe
BalasPadamkekanda jangan cakap begitu..kekanda ada abe los..kekanda ada perdana..kekanda ada anak-anak yang sihat, baik, hormat ore tua dll.Bukankah itu tandanya rezeki kekanda melimpah ruah.Yang penting kekanda ada serama, adinda tidak ada.he he he
BalasPadam