Sabtu, Mei 16, 2009

Terima kasih Cikgu 1975 - 1987

Entah kenapa malam ini, saya begitu sedih dan menjadi perindu sedetik masa sejentik rasa tika mana saya mula mengenal cikgu. Cikgu pertama tentulah ayahanda tercinta - Hj Muhammad Abdullah (alfatihah pa 23.06.2006). Sebenarnya sekolah pertama saya ialah Tadika Dengir ketika itu saya dibimbing oleh Cikgu Limah Daud. Alhamdulillah, saya sudah boleh membaca ketika itu usia 6 tahun. Arwah Pa suka belikan saya komik Bujal atau Bambino. Apabila naik darjah 1 di SK Pusat Jerteh, arwah Pa mula belikan saya majalah Dewan Pelajar. Terima kasih pa.

Ketika dalam darjah 1-4 di SKPJ, saya masih ingat cikgu-cikgu saya terutama Cg Fatimah, Cg Khadijah, Cg Zaid, Cg Wan Bahari, Cg Sofia, Cg Adnan, Ust Mariam...dan kini mereka ramai yang sudah pun bersara ataupun sudah meninggal dunia?? Jasamu cikgu akan saya kenang hingga akhir zaman.

Darjah 5-6 saya berpindah ke SK Tg. Mahmud (kini sekolah anak-anak)..Apa khabar Cikgu Ali Akbar (matematik), Cikgu Rabiatul Adawiyah pula telah dijemput ilahi tahun lepas. Mujurlah saya sempat memeluk dan mencium tangannya semasa bertemunya ketika menjadi guru kontrak 2 tahun lepas. Beliau banyak mengajar saya erti keberanian dan kehidupan. Terima kasih cikgu. Cikgu Rosnani apa khabar? Cikgu Basir? Cikgu Mat Yusof...Kadang-kadang, saya jadi terharu adakah sedetik masa nanti anak-anak didik saya mengingati saya? YM Engku Taib, guru besar saya masih kuatkan cikgu?

1981-87 mengisi usia remaja bersekolah di Kuala Terengganu..Terima kasih Cg Rose Hazlifah, Ust Zainun, Cg Sakinah, Cg Rosnah, Ust Hawiah, Ust Habidah, Cg Ismail, Cg. Sulaiman (SMA Khairiah). Jua cikgu SMA Sultan Zainal Abidin, K.Trg terutama Cg Zaleha, Cg Hilmiah, Teacher Halina, Cg Md. Radzi (Math), Cg Ariffin (Sains), Us. Ghazali, Us. Samad (fiqh), Cg Musa, Cg Md Yakin (banyak bantu pidato piala diraja), Cg Aziz Wahid (pingpong), Us Aziz 3A, Cg MYO, Cg Latif, Cg Mohd Yusof, Cg Man Seni (buku teks), Cg Habsah (pg. am), Us YM Eg. Alwi, Ust. Fahzah (Bhs. Arab)..dan ramai lagi sehingga tidak terhitung. Saya akan ingat dan kenang jasa cikgu selamanya. Terima kasih cikgu! Terima kasih cikgu!

Sempena hari guru hari ini 16 Mei 2009 saya ucapkan "selamat hari guru cikgu!". Tanpa cikgu saya tidak mungkin menjadi insan seperti hari ini. Maafkan salah silap saya. Ya Allah, rahmatilah guru-guruku ini. Selamatkanlah hidupnya di dunia dan akhirat.

Terima kasih cikgu. Panjang umur jumpa lagi.

1 ulasan:

  1. Meme anda seorang yang kuat ingatan.Tidak dapat dinafikan, jasa seorang guru tidak ternilai. Jika hari ini pelajar kita ada yang tidak mengendahkan kita, mungkin kita ada buat salah dengan guru kita. Biasanya, bekas pelajar yang 'sombong' ini terdiri dari pelajar yang pandai.Yang kita sentiasa marah, belajar tidak seberapa itu lebih ingat dan hormat kita bila habis belajar....

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails