Rabu, Jun 24, 2009

Sejambak Bunga Sekuntum Puisi

Sejambak carnation sekuntum puisi..agaknya inilah kata-kata paling sesuai dapat saya ungkapkan sedetik masa hari ini. Dalam keghairahan mencatat buku rekod mengajar, saya dikejutkan dengan sejambak bunga diselit kad comel mengucapkan “Selamat Hari Jadi Sayang, Moga Panjang Umur Murah Rezeki..salam sayang dari Suamimu yang hensem”. Kalau diikutkan harijadi saya masih lambat lagi, kenapa sang arjunaku mengigau hari ini?

Dalam keterujaan itu, hakikat sebenarnya jambangan bunga itu bukan milik diri ini. Rupa-rupanya sejambak bunga untuk isteri tercinta dari sang suami itu milik Roslaili Mohd. Said. Sang suami membuat kejutan begitu. Saya fikir saya sedang menonton drama Melayu atau sinetron dari seberang. Tapi ianya adalah kisah benar tadi.
Arakian sepulangnya saya ke rumah, tanpa sabar terus saya mengkisahkan hal itu kepada sang arjuna. Tiada niat tersirat sebetulnya. Maksud saya bukan minta dibuat begitu..tapi, kalau dibuat begitu?? Siapa tak sukakan. Betul arjunaku, saya tidak kisah. Ucapan dalam sms pun sudah cukup. TAPI, bimbang pula saya kerana arjunaku semacam berjauh hati. Nak tahu apa katanya, ”tak apalah, nanti abang hantar bunga seguni tatkala hari jadimu”. Ikhlas dalam sejentik rasa ini bukan persoalan bunga seguni waimma selori yang saya mahu..sekadar berkongsi kegembiraan sahaja. Mata sahabat yang bersinar ceria tadi menggambarkan bunga-bunga hatinya.

Selamat hari jadi Roslaili. (Esok jangan lupa pakai loket jed dari China). Wassalam.

2 ulasan:

  1. salam ustz. nanti saya bagi bunga pulak. nak bunga apa nanti kita kirim. besh laa tgok blog nni. sjuk mata dan minda. ingat kat ustz dulu2kat SMKANI.
    slamat kita bblog mg apa yang kta buat dpt keredhaan-NYA

    BalasPadam
  2. ingat lagi majidah(anak pengetua allahyarhm ust saufi SMKANI)blog dia http://www.sumayyahsufiyyah.blogspot.com

    dan rozila //mindaserikandi.blogspot.com

    mrk anakdidik ustz dulu22

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails