Salam Sya'ban. Nampaknya pejam celik-pejam celik, kita sudah diambang Ramadan al-Mubarak. Berakhirnya Sya'ban bermakna bermulalah puasa. Sungguh, saya amat terasa betapa pantasnya putaran waktu. Walau apapun, saya tetap bersyukur kerana saya masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas (sekarang ni masih sihat lagi). Dan yang penting saya diberi peluang menatap cebisan kata-kata dari anak-anak murid SMKANI sedetik masa dahulu.
Majidah (klik), Shaidah (klik blognya), Rozila..kalian di antara insan yang masih mengingati diri ini. Terima kasih atas ingatan itu. Saya tahu, ramai lagi yang sering bertanya khabar saya cuma tidak berpeluang 'bertemu' di ruang maya ini. Saya juga tahu, anak murid pun sentiasa bertambah bilangan anak mengalahkan guru dia..tak apa, Nabi s.a.w memang suruh dan galakkan kita beranak pinak. Takkan tak ingat kot,fiqh munakahat dalam Pend. Syari'ah Islamiyah (PSI). Di antara ciri-ciri calon isteri mestilah keturunan ramai anak.
Ok. Sekian dulu. Saya memang cukup teruja mendapat respon dari anda semua. Semoga Allah swt memberkati hidup semua, keluarga dan anak-anak di dunia dan akhirat.Wassalam.
Salam Ustazah, terima kasih atas entry khas ini, walaupun jauh di mata, ustazah dan tenaga pengajar lain tetap dekat di hati. Walaupun tak dapat bersua muka, namun dapat menatap di alam maya ni.Terima kasih atas segalanya.
BalasPadamMeriah betul alam blog ni dapat jumpa dengan mereka yang kita kenali, sedikit sebanyak dapat mengetahui perkembangan terkini. Semoga bersua lagi... Salam penuh ceria dan bahagia...
Assalamualaikum WBT,
BalasPadamSalam buat Ustazah yang dirindui...
Dunia blogger ini menemukan hati2 kita walaupun bukan secara zahir, namun hati2 kita tetap bersatu menjadi satu mengeratkan ukhwah fillah...... Saya dan kawan2 tetap mengingati jasa pendidik semua, semoga diberkati dunia akhirat, Aminn Ya Rabb...
YE. USTAZAH. ALHAMDULILLAH sekian lama mungkin kurang lbh 10 tahun bru kita dpt jalinkan smula ukwah spt dulu...memang kami duk kumpul anak ni. biar meriah kuarga.yang penting doakan kami bahagia dan mendapat keberkatan dunya akhirat... ingat lagi ilmu PSI ustazah dulu, jadi saya praktikkan ajar budak2 sek pulok...
BalasPadamok slamat menyambut syaaban dan ramadhan almubarak.