Rabu, Julai 29, 2009

'Rumah Kecil' Itu Sudah Lama Sepi

Rumah kecil itu
telah lama tidak kukunjungi
sering alasan 'tiada masa'.

Rumah kecil itu
sepi
walaupun nampak sepi
aku tahu penghuninya
selamat di sana
bersama muslimin muslimat
mukminin mukminat
yang beriman dan bertaqwa.

Insya Allah akan kulawati rumah kecil itu
kerana kerinduan ini tidak pernah padam
dalam keghairahan mengejar masa.

Salam rindu buat insan teristimewa.

3 ulasan:

  1. Tidak pasal-pasal air mataku bercucuran. Sebak yang teramat pabila membaca puisi sedihmu'Rumah Kecil'. Bukan lupa. Pasti tidak lupa. Cuma keterbetasan masa mengunjungi 'rumah kecil' itu. Bersemadilah dengan aman...Ya Allah, terimalah amalan , ampunilah dosa-dosanya semoga tergolong dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin...

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana sudi mengeluarkan air ma\ta kerana 'rumah kecil bertiang dua' itu..tempat kita juga suatu masa nanti. Pasti kita vrindukan kedatangan anak-anak kita untuk datang menjengah rumah kecil bertiang dua itu. al-fatihah..

    BalasPadam
  3. sama2 kita ingat akan "tempat" itu, entah bila kita akan dijemput kembali....tetapi semua itu akan pasti tiba jua.. bekalkan dengan 1001 amalan kebaikan... InsyaAllah kita akan aman di sana. ustazah.... syukran ingat kan kita akan perkara ini...mg keberkatan Allah sentiasa bersama mu..

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails