Isnin, Oktober 19, 2009

Ahlan Wa Sahlan Tetamu Allah..Musim Haji 1430H

Salam pertemuan. Lama sungguh tidak menjenguk 'sedetik masa sejentik rasa' ini. Namun, saya yakin semakin lama tidak berkunjung tentu makin banyak cerita yang hendak dikongsi.
1 Zulkaedah 1430H tetamu-tetamu Allah mula berangkat ke tanah suci..Rasanya penerbangan awal bakal berlabuh di Madinah Munawwarah. Tinggal selama 8 hari di sana barulah berangkat ke Mekah pula. Rindu pula diri ini menjengah dua tanah haramMu.Ya Allah, Kau permudahkanlah sekali lagi harapan kami untuk bertamu di rumahMu baitullahil haram @ kaabah @ baitul atiq..sebutlah nama apa pun yang pasti di dunia ini rumahMu yang mulia hanya itu.
Warga guru di Besut ini hanya 22 orang yang dapat pergi (mengikut kata pkko saya). Di sekolah saya sendiri semua rayuan ditolak. Saya berfikir juga akan kesudahannya suatu masa nanti mungkin akan berlaku kita ada kemudahan kewangan yang mencukupi tapi tidak berjaya untuk memijak kaki kerana terhadnya tempat di sana. Iyalah, penduduk dunia makin bertambah. Kuota Arab Saudi kepada Malaysia tetap tidak berubah iaitu 26,000/Malaysia.Alahai..Justeru aduhai rakan-rakanku tercinta bersegeralah daftar haji jika masih belum berbuat demikian. Hadirilah kursus-kursus haji mulai sekarang agar ibadat yang akan kita lakukan mendapat keberkatan dan mabrur. Amin.
Buat tetamu-tetamu Allah musin haji 1430H, sempurnakanlah umrah dan haji sesempurna yang boleh. Biarlah balik dengan haji yang mabrur. Selamat berangkat!!

2 ulasan:

  1. Ingatan dan kenangan semasa tunai haji dulu masih lagi melekat di jiwaku. Terbayang-bayang dan teringat tempat dan pintu serta tangga yang selalu menjadi tempat masukku ke masjidil haram.Pintu 49. Betul-betul mengadap tangga hotel tempat aku menginap.Cuma yang terkilannya ialah aku tidak 'meround' semua pintu masuk..ruginya....

    BalasPadam
  2. Tak apalah aduhai 'tanpa nama'..kalau ada peluang lagi sekali kenalah round pintu2 kaabah. Tapi, saya ingat daripada duk round pintu kaabah baiklah round kaabah..dapat jugak pahala tahiyyatul kaabah.

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails