Nampaknya hari ini adalah hari saya menulis di sini setelah sekian lama blog berkarat tidak dihujani dengan lontaran kisah mahupun cerita. Mungkin kerana hari ini cuti maka dapatlah saya 'bersarapan' di 'sedetik masa sejentik rasa' ini.
Alhamdulillah, segala perancangan 2010 setakat ini berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa menolong hambaMu yang lemah ini di kala senang mahu pun susah. Syukur. Festival MTQ peringkat sekolah sudah berakhir cuma acara pemberian hadiahnya akan dilaksanakan pada hari Majlis Maulidur Rasul nanti. Insya Allah 28.02.2010.
Saya sudah berbincang dengan rakan-rakan panitia akan aturcara majlis itu nanti. Ada gimik. Nak tahu apa dia? Tunggu..ahlan wa sahlan ke dewan Jubli Emas SMK Tg Mahmud jam 7.45 pagi. Pastinya ada forum maulidur rasul. Panelnya?? Rahsia.
Saya tertarik ingin memperkatakan tentang 'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah' yang menjadi tema maulud tahun ini. Bagi saya memantap ukhuwah memperkasa ummah akan berjaya dan berkesan sekiranya masing-masing tahu peranan dan tanggungjawab. Ibu bapa menjaga anak-anak dengan ilmu Islam. Masyarakat menjaga ahli masyarakat dengan ilmu Islam. Pemimpin menjaga rakyat dengan ilmu Islam. Barulah Ummah Islam menjadi sebaik-baik ummah. Ummah yang tiada dadah, tiada zina, tiada sumbang mahram, tiada rasuah, tiada judi, tiada arak, tiada banyak lagi...
Jumpa lagi. Tiada rindu selain rindu padaMu dan pada kekasihMu. Bilakah aku dapat menziarahi maqammu untuk sekian kali?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan