Khamis, September 03, 2009

Assalamu'alaikum Pa..

Pagi Jumaat 28 hb. sept bersamaan 7 Ramadan 1430H, saya bersama-sama kekanda Fariza menziarahi kubur ayahanda. Ah!! Sunyi sangat pa. Rasa sepi amat pa.. lalu kami bersama-sama membaca Yasin dengan perasaan yang sukar digambarkan. Sedih. Rindu kepada insan yang terlalu menggunung jasanya pada kami. Selepas itu, saya berdoa diaminkan oleh kekanda..

Ya Allah,
Ampunilah dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami, dosa kaum muslimit muslimat yang hidup atau yang telah mati..
Ya Allah,
Kasihanilah kedua-dua ibu bapa kami sebagaimana mereka telah mengasihi dan mengasihani kami sejak kami kecil
Ya Allah,
Lapangkanlah kubur ayahanda kami sebagaimana Engkau lapangkan kubur para syuhada', aulia' dan para anbia'. Janganlah Engkau seksakan mereka dan orang-orang kami sayangi yang terlebih dulu meninggalkan kami. Rahmatilah mereka Ya Allah! Rahmatilah mereka..Kasihanilah mereka. Amin.
Setelah itu kami menjenguk 'rumah kecil nyang' berdekatan pokok durian. Kami panggil 'mok'. Masya Allah sudah panjang lalang menumpang di 'rumah'mu, mok. Kesian mok..hanya kamilah cucu-cucunya yang sering menjengah 'rumah' itu. Semoga mok tenang dan damai di sana. Kami merasa setitis nikmat kasih sayang seorang nenek darimu mok. Mok insan baik..penyayang..pengasih..Kami rindukanmu.
Sekian dulu coretan ini yang tercatat dari sanubari yang cukup halus payah untuk ditafsirkan segala rasa rindu yang bersarang di jiwa ini. Nanti kami datang lagi yaa...

2 ulasan:

  1. salam ramadhan ustazah. moga arwah ayahanda aman dan sejahtera di sana. alangkah beruntung diri kalian dapat menjengah "rumah kecil" saban kali berbanding kami yang berada nun jauh dari kampung kediaman. setahun sekali baru dapat menziarahinya. jadi...hanya doa dan bacaan ayat suci al-Quran yang mampu diberikan untuk dirinya buat masa sekarang. mulalah teringat pada arwah ayah yang sudah 3 tahun menyahut panggilan ilahi. doakan moga kami dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. amin...

    BalasPadam
  2. Sebenarnya sering ke rumah kecil itu boleh membuatkan kita lupa asal diri kita..

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails