Saiyyid Jamaluddin al-Afghani..Tokoh Islah Islam
السلام عليكم , salam sejahtera semua.. Hari ini, jam 7.40-9.00 pagi saya di kelas 5J di blok berhampiran kantin. Selepas memulakan ucapan hamdalah dan salawat salam ke atas junjungan besar Nabi s.a.w, saya menunjukkan gambar yang tertera di atas kepada 23 murid.Saya kata," ok, awak semua pernah lihat tak gambar ini?..seorang jejaka tampan, smart, bermisai dan berjambang...tambahan dan 'berbulu dada' (saja nak ceriakan pagi sikit)"..
Murid-murid kata:" Muhammad Ali, ustazah..", ada kata,"Mufti Mesir Ustazah"...,"Ayah Shah Rukh Khan agaknya.."(ngarut doh ni, kalau ada polis peronda lalu nahas jugak ni..)
Saya kata,"Cukup..cukup, bahagian makan ikan kerapu memang boleh beri pada awak. Ini ialah Sayyid Jamaluddin al-afghani, tokoh Islah terkenal. Hari ini kita akan mengupas tokoh ini sehingga ke akar umbi. Insya Allah"
Maka, kelas berjalan lancar dan harmoni. Memang sejak dulu kini dan selamanya saya memang berminat mengajar dan menggali lebih dalam lagi mengenai tokoh. Saya selalu ingatkan diri saya dan jua anak-anak murid saya betapa hebatnya tokoh-tokoh Islam zaman silam. Jadi, kebetulan hari ini memang jadual kelas saya agak 'untung', saya suka sebab lebih banyak masa saya mencari makna ketokohan lewat kecanggihan IT yang kita lalui ini. Amin.
Sila rujuk tokoh ini melalui blog rausyanfikr atau wikipedia.
Jumpa lagi. Buat pelajar semua, kita kupas nanti Muhammad Abduh dan HAMKA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan