Sabtu, Februari 14, 2009

Kisah Jeruk Pala Campur Pulau Pinang

Syukur alhamdulillah dengan izin dan 'inayahNya, taufiq dan hidayahNya saya dapat menulis lagi dalam catatan 'sedetik masa sejentik rasa' ini. Jam 4.00 pagi tadi saya selamat sampai ke teratak saya setelah keluar dari 'sarang' selama 2 hari..( dua malam di atas bas- sekarang masih sakit dan sengal tulang belakang), kerana mengikuti lawatan sambil mencari -cari maklumat di negeri Kedah dan Pulau Pinang. Terima kasih kepada Tn Pengetua dan guru-guru MRSM PDRM Kulim dan High School Bukit Mertajam. Jua kepada Timbalan Dekan dan pensyarah Seni di USM dari School of arts..atas layanan yang memberangsangkan walaupun lenguh melihat cara tuan-tuan bertutur dengan lemah gemalai walaupun anda adalah lelaki. Alahai..seni itu abstrak 'kunun'nya.
Lawatan:Bergambar di pintu masuk MRSM PDRM Kulim
Ok..kita tinggalkan hal itu. Saya cuma nak ceriterakan perihal ketika mencari ole-ole untuk dibawa pulang ke daerah tercinta. Orang kata kalau ke P.Pinang tak sah kalau tiada jeruk. Lalu saya dan kawan-kawan meninjau dari segenap jalan dan lorong untuk mencari jeruk yang bersih, berkualiti dan terjamin buatannya. Masya Allah, saya tak jumpa. Kalau pun ada jeruk yang dijual oleh kaum Cha Ya Nun Alif yang...alahai tak tahulah saya. Sempat saya tengok tuan jeruk mengaup buah dari tong yang besar dengan menggunakan tangannya sahaja tanpa memakai sarung tangan atau menggunakan 'cetong'. Niat untuk membeli terus berkubur. Kalaulah tidak memikirkan kiriman adinda Bi yang sedang mengandung anak sulung sudah pasti saya tak akan beli. Tapi, saya beli juga 2 bungkus..setelah berkali-kali pesan agar adinda Bi mesti basuh terlebih dulu.

Kesimpulannya, saya tidak akan lagi memakan buah-buah jeruk itu sehinggalah saya yakin kebersihan dan mutu ke'halal'annya. Berhati-hati.. Mencari makan di sini juga agak susah bukan tiada kedai makan tetapi kebersihannya cukup meloyakan anak tekak.

Walaupun begitu, kalau saya pi Pulau Pinang lagi tentu saya akan singgah di 'Restoran Nasi Kandar PELITA' (sedap dan bersih!!). Sayonara Pulau Mutiara!!

2 ulasan:

  1. blogger ni umpama katak bawah tempurung. tak pernah 'berjalan jauh' kot.
    Bersantailah bersama keluarga ke sana bknnya setakat tumpang sekaki(ikut rombongan je). Banyak makanan...pelbagai variasi dan halal di Penang.
    Buah pala yg tok cha buat dah lama bertapak disitu, ada yg bersih ada yg kurenng. Yg melayu buat pun dah berlambak disana sekarang. Yang penting ada mulut bertanya dan datang sendiri barula tahu mana ok ke tak dan kemana nak dituju???
    ...keluarlaa drp tempurung tuu....

    BalasPadam
  2. Ikut saya selera saya... kalau tuan/puan nak makan atau tak mahu makan itukan tanya diri sendiri. Memang saya kureng suka pergi Penang buat peningkan mata aje...

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails