Jumaat, November 13, 2009

Tanggal 13 November....

Salam hari lahir buat saya. Semoga ulang tahun kelahiran ini memberi 1001 makna dalam mengenal kehidupan. Pertambahan usia yang mematangkan fikiran dan kerja buat. Happy birthday to me!

Seusai solat subuh pagi tadi (6.12am), sms pertama masuk berbunyi.."salam sahabat, di pagi yang hening ini sahabat lamamu memanjangkan syukur ke hadrat ilahi untuk mengucapkan selamat hari lahir, semoga berbahagia seisi keluarga. Amin." Terima kasih jua untuk sahabat. Sebenarnya kita berkongsi tarikh lahir. Mujurlah ada lagi sahabat yang dapat mengingat tarikh lahir kita. Syukran. Selamat hari lahir juga untuk anda!!

Bagi saya, sama ada orang ingat atau tidak ulang tahun kelahiran tetap memberi makna yang amat besar. Bermulanya kehidupan di atas muka bumi ini menjadi khalifah yang memikul tanggungjawab yang amat besar. Tanggungjawab sebagai anak..tanggungjawab sebagai murid.. tanggungjawab sebagai isteri.. tanggungjawab sebagai murabbi yang menuntut sekalian akal budi untuk membentuk insan sejati.

Tanggal 13 November, akan saya kenang selagi ada hayat. Selamat hari jadi. Semoga lebih istiqamah dalam amalan. Terutama melibatkan hablu minallah wa hablu minannas.

Sekian. Wassalam.

2 ulasan:

  1. Belum terlewat untuk ambo ucapkan selamat hari jadi buatmu.Rakan sepermainan. Dikala petang, kita sentiasa berlawan di rumah 'abang angkat'mu.hahaha. Takpelah, walaupun umur dah meningkat,dirimu selalu dikatakan muda..ewah,kembang idung!!happy birthday to u, semoga panjang umur,murah rezeki, dapat guru cemerlang..

    BalasPadam
  2. Rasanya aku bukan jenis makhluk yang perasan.. ingat setiap kali orang memuji, belum tentu di hatinya begitu..terima kasih kekandaku.

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails