Salam 13 Zulhijah 1430h. Masih lagi hari tasyrik..iaitu di antara hari-hari yang disunatkan korban dan di antara hari-hari yang diharamkan puasa. Saya difahamkan jemaah haji sudah pun selesai mengerjakan perkara wajib haji melontar ketiga-tiga jamrah hari ini. Hendaknya mereka bersedia pula melakukan tawaf ifadah dan saei dengan sempurna. Semoga!!
Aidil adha yang baru berlalu 10 zulhijah Jumaat yang lepas, saya berkesempatan menonton drama 'Nur Kasih' episod akhir. Sebenarnya saya bukan 'kaki tv'. Percayalah tika mana ramai kawan-kawan saya bercerita entah hapa-hapa yang ditonton mereka lewat melalui astro atau sebagainya saya tidak berhak menyampuk kerana saya tidak suka menonton. Tetapi, entah mengapa drama yang satu ini begitu mengujakan hati saya untuk tercongok depan 'benda bersegi empat' itu.
Biarlah kali ini saya kupas sedikit isu dalam 'Nur Kasih'. Secara santainya saya melihat skripnya cukup sederhana. Akan tetapi penghayatan agama berlangsung dalam situasi yang agak kamil bagaimana sesama ipar atau yang bukan mahram menjaga aurat dengan baik. Alangkah indah hidup ini sebenarnya kalau kita mengikut acuan Islam sebagaimana yang diperturunkan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
Harapan saya biarlah cerita-cerita yang hendak dipaparkan di kaca tv adalah cerita yang dapat memberi iktibar, mengajar erti peradaban hakiki dan menghasilkan impak yang besar kepada umat Islam yang akhir-akhir ini sering dijuadahkan dengan cerita-cerita hantu, toyol, saka, khurafat, syirik dan apa-apa lagi yang boleh membawa pelencongan akidah.
Cuma saya tidak berkenan satu perkara sahaja dalam 'nur kasih' apabila Alya ingin mengajak Nur Amina hidup bermadu. Saya tidak suka melihat skrip yang diolah sebegitu. He he he....
Sekian, jumpa lagi.
Bestnya baca ulasan ustazah tentang cerita Nur Kasih tu. Amboi amboi amboi bab yang poligami tu tak berapa suka. Lucu jugak ! rasanya tidak ramai wanita yang sanggup berkongsi kasih sebegitu.. Memanglah dalam Islam dibenarkan. Jika kita tidak menyokong poligami bermakna kita tidak setuju dengan hukum yang ada dalam al Quran. Tak begitu ustazah? Walaubagaimanapun, seorang suami mestilah yang berkemampuan, adil dalam semua segi. Saya tidak suka dengan akhir cerita itu. Ada yang tidak logik. Tiba-tiba Adam berada dalam keretapi yang sama. Saje-saje nak menghidupkan ulasan ....hehehe
BalasPadam