Salam mesra salam sayang. Nampaknya cuti-cuti Malaysia hampir berakhir. Pejam celik, celik pejam sudah hampir buka sekolah rupanya. Rasa macam baru semalam kita bersalam dengan rakan-rakan, dengan anak-anak murid tercinta, dengan papan kenyataan, dengan tukang sapu, dengan bas sekolah..tup-tup, sekolah sudah melambai-lambai.
Maka beginilah rutin seorang 'cikgu', 'ustazah' atau apa jua panggilannya. Cuti sekolah bermula kita bertungkus lumus menyiapkan markah murid-murid...bagi yang bertugas untuk 'negara' siap siaga pula menghadiri taklimat penyelarasan peperiksaan SPM bagi mp yang diajar. Dapat meningkatkan kemahiran diri, dan dapat juga 'duit poket' seriyal dua riyal (berbaloi dengan tugas). Siapa kata cikgu dapat bercuti sepenuhnya. Teringatlah saya lirik lagu 'Guru Malaysia'.. "Amanah yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan.."
Minggu-minggu terakhir cuti cikgu sudah kembali ke alam persekolahan. Menyiapkan segala hal ehwal murid dalam segenap aspek, pendaftaran murid baru, murid lama, cikgu baru, cikgu lama, buku baru, buku lama..jangan buku lima sudah laa..
Apa-apa hal pun, sebagai guru berbahagialah menjadi guru. Kekanda (klik blognya) saya sering mengungkapkan kata-kata ini,"Kitalah guru yang teguh dihempas kepayahan menepis songsang laku menyiram pujuk menambah rasa ke hujung faham kitalah juga guru yang kadang terpinggir puji tersumpah tulah kerana sekali kaki terlanggar titah....
Justeru itu, selamat kembali ke alam persekolahan. Berhemahlah ketika berbelanja, berhati-hati ketika memandu, apa yang dulu didahulukan; untuk anak-anak pasti kita sanggup berhabisan. Tapi, ingatlah jasa ibu bapa. Belajar rajin-rajin. Belajar betul-betul!!
Sekian, jumpa lagi.
Pada pendapat saya ustazah, terlalu awal tu untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Lebih kurang dua minggu lebih lagi. Lambat lagi. Cutipun belum terasa lagi. apa tidaknya, cuti sekolah belum lagi ke mana-mana. Asyik duk terperap di rumah. Saban hari melakukan perkara yang sama. Bangun pagi, kemas rumah, jemur kain, sapu halaman rumah, lipat kain dan masak nasi. Itulah rutin harianku. Macamana dengan rutin ustazah? Nak bermain dan bersembang disebelah petangpun tak sempat..hehehe!
BalasPadamponge ponge
BalasPadamnamaste
khabi kushi khabi gham
ponge ponge
merenam phya ka dil
her her her