Salam keharmonian buat sahabat semua. Kiranya sudah lama saya menyepi dari mencatat di blog 'sedetik masa sejentik rasa' ini. Bukan tiada masa TAPI tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.
Malam tadi sekitar jam 10.00, saya dipanggil oleh seorang teman tapi mesra saya (nama biarlah dirahsiakan..yang pasti kaum serupa saya). Setelah kami bercakap sedikit sebanyak bertanya khabar begitu begini, tiba-tiba nada suaranya mengendur sedikit. Ada berita yang saya tidak sanggup untuk mendengarnya. Rupa-rupanya awal 2010 nanti, kebarangkalian beliau akan bertukar sekolah bakal menjadi kenyataan. Sungguh! Saya mati kata-kata. Saya harap ianya sekadar khabar angin. Semoga.
Sebenarnya, saya sudah nampak diri saya akan datang tanpa teman saya ini. Pertama, hilanglah tempat saya mengadu masalah. Keduanya, saya hilang tempat 'berlaga lutut'. Ketiga, saya patah sayap tempat saya menyalurkan kegembiraan atau beliau melahirkan keriangan. Keempat, tiada teman untuk saya 'berekel' ke kantin. Sama-sama memanjat tangga pejabat. Sama-sama menghambat murid-murid yang culas ke masjid. Entahlah. Bagi orang yang tiada apa-apa mereka tidak akan merasa apa-apa. Bagi kami yang berkawan, bersahabat kerana Allah SWT cukup terasa akan sebuah kehilangan.
Walaupun cikgu PK1 saya kata." ..bertemu dan berpisah adat manusia biasa..", bagi diri saya payah untuk saya menerima hakikat itu. Meskipun ianya pasti menjadi kenyataan.
Buat sahabatku, bersabarlah. Persahabatan kita pasti akan tetap teguh dan utuh kerana persahabatan ini terbina atas kebenaran wujud atas setiakawan. Sesungguhnya saya berbangga bersahabat denganmu..
Sekadar ini..ada juraian airmata mengiringi catatan ini. Wassalam. Selalulah kunjungi blog ini.
Wassalam.
Sedih jugak baca luahan ustazah dlm sekadar di Pinggiran. Hari ini bersama, esok berpisah. Adatlah.. Apa yang pasti yang datang pasti tak sama dengan yang pergi..Saya boleh rasa. Tapi bagi saya, jika ditakdirkan i berpindah ke sekolah lain, tidak ada yang terasa. Mungkin bahagia menanti. Udah 18 tahun i di situ.. .
BalasPadam