Ahad, April 18, 2010

Doa Buat Abang Mohamad Affandi Abdul Rahman

Wajah ceria Abang Nd di IJN..

Salam pertemuan. Tatkala saya selesai membasuh kain baju, menjemur kain baju, melipat kain baju maka saya meluangkan sedikit masa di 'sedetik masa sejentik rasa' buat merehatkan minda yang layu. Ahh, terasa segar dapat menekan kekunci komputer tua di sudut dapur rumah. Jauh dari bingit dan bising suara anak-anak yang sering sahaja 'bergaduh'. Emm, iyalah kalau tak tumpah kuah ke nasi ke mana lagi tumpahnya ia..? Macam Umi Jay dengan Umi Lah dulu. Macam Umi Jer dengan Umi Rah atau macam Umi Bie dengan Along Yoh.

Sebenarnya hati saya agak sayu malam ini. Rindu pula pada suara Abang Nd. Malam tadi tika mengiringi pemergiannya ke Institut Jantung Negara (IJN), macam ada butir-butir air ingin menitik dari kelopak mata. Namun terasa malu pula kalau menangis di saat keberangkatannya. Tapi, malam ini apabila melihat matanya di ruangan facebook kiriman x-student SMKKBnya di laman sesawang arjunaku tiba-tiba...mata itu tidak dapat menahan erti sedih dan rindu.
Abang Nd, adik-adik semua mendoakan agar Abang Nd sihat dan dijauhkan dari segala penyakit berbahaya. Setelah ayahanda meninggalkan kita, Abang Nd ialah pengganti arwah Pa yang kami jadikan rujukan. Mujurlah ada Abang Nd yang sentiasa mengimamkan solat maghrib setiap kali malam Jumaat ketika keluarga mengadakan tahlil yang masih belum hentinya sejak pemergian arwah Pa. Maka dengan itu, kami harap Abang Nd sihat seperti dulu. Cepat pulang dari IJN..
Sekian, jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. Betullah dinda. i pun terasa sayu amat.sebenarnya air jernih luruh jugak dalam kegelapan malam semasa mengiringi abg.nd ari tu..di doakan semoga selamat, sihat seperti sediakala dan dapat mengimamkan solat mlm jumaat dan mengepalai tahlil yang menjadi tradisi keluarga aruah cg mat...

    BalasPadam
  2. Malam tadi, tika mata hendak terpejam sementara..mizi tunjukkan sms dari kak eina bahawasanya abang Nd telah selesai engiogram di IJN. Harap2 ejaan betullah. Maklumlah istilah perubatan ni kita tak biasa sangat. Dan, abang Nd tak perlu bypass..

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails