Sabtu, Februari 27, 2010

Putera Maulidur Rasul 1431H

Tahniah buat adinda Nur Aini bt Muhammad dan Jamaliza b Jaafar di atas kelahiran putera amin II semalam di Kota Bharu Medical Center (KBMC). Betul-betul pada 12 Rabi'ul awal sama dengan kelahiran junjungan kita. Semoga putera II bakal mewarisi sifat rasul, berakhlak karim, ilmuan terulung dan terbilang. Namanya?

Wallahu'a'lam. Teringin pula mendodoi bayi setelah bertahun ketandusan suara kecil. he he...gurau je!

Sabtu, Februari 20, 2010

Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah


Nampaknya hari ini adalah hari saya menulis di sini setelah sekian lama blog berkarat tidak dihujani dengan lontaran kisah mahupun cerita. Mungkin kerana hari ini cuti maka dapatlah saya 'bersarapan' di 'sedetik masa sejentik rasa' ini.

Alhamdulillah, segala perancangan 2010 setakat ini berjalan lancar. Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa menolong hambaMu yang lemah ini di kala senang mahu pun susah. Syukur. Festival MTQ peringkat sekolah sudah berakhir cuma acara pemberian hadiahnya akan dilaksanakan pada hari Majlis Maulidur Rasul nanti. Insya Allah 28.02.2010.

Saya sudah berbincang dengan rakan-rakan panitia akan aturcara majlis itu nanti. Ada gimik. Nak tahu apa dia? Tunggu..ahlan wa sahlan ke dewan Jubli Emas SMK Tg Mahmud jam 7.45 pagi. Pastinya ada forum maulidur rasul. Panelnya?? Rahsia.

Saya tertarik ingin memperkatakan tentang 'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah' yang menjadi tema maulud tahun ini. Bagi saya memantap ukhuwah memperkasa ummah akan berjaya dan berkesan sekiranya masing-masing tahu peranan dan tanggungjawab. Ibu bapa menjaga anak-anak dengan ilmu Islam. Masyarakat menjaga ahli masyarakat dengan ilmu Islam. Pemimpin menjaga rakyat dengan ilmu Islam. Barulah Ummah Islam menjadi sebaik-baik ummah. Ummah yang tiada dadah, tiada zina, tiada sumbang mahram, tiada rasuah, tiada judi, tiada arak, tiada banyak lagi...

Jumpa lagi. Tiada rindu selain rindu padaMu dan pada kekasihMu. Bilakah aku dapat menziarahi maqammu untuk sekian kali?

Kedudukan Sewaktu Sujud

Semoga walaupun tidak banyak boleh membantu tapi boleh memperbetulkan segala kekhilafan kita yang saban hari dilakukan demi namaMu yang maha agung dan maha mengetahui.


Ubat jahil adalah dengan belajar dan terus belajar.
Wassalam.

Ubat Jahil Adalah Belajar

Salam Sabtu Malaysia (bukan 1 Malaysia). Sekadar memetik kisah-kisah pedoman dari blog pilihan. Semoga dapat dijadikan iktibar buat kita semua dalam mentarbiyah otak yang berkarat tapi malas nak belajar. Ikuti kisah ini....

Satu ketika aku solat Jumaat di sebuah masjid. Di sebelahku seorang lelaki bersolat sambil sujud di atas kedua belakang tangannya. Hairan dan rasa terpanggil untuk menegur cara sujudnya, aku mencuitnya lepas solat.
"Assalamualaikum...",
"Walaikumussalam...", lelaki yang aku kira lebih tua daripadaku beberapa tahun itu menjawab perlahan. Hampir tidak terdengar suaranya. Dia tidak menolehpun kepadaku. Begitu khusyuk.

"Kenapa abg sujud atas belakang tangan?", soalku.
Soalanku tidak dijawab. Lelaki itu bangun dan mengangkat sebelah tangan dalam gaya tabik dan berlalu. Aku ditinggal dalam kebingungan. Aku kira pertanyaanku sudah cukup berhikmah untuk tidak membuatkannya rasa terhina atau dimalukan. Lagipun tiada sesiapa berdekatan kami ketika itu.

Satu ketika aku solat sunat ba'diah Jumaat. Di depanku seorang lelaki sedang solat sunat ba'diah jumaat juga. Ketika aku sudah selesai, lelaki didepanku sedang sujud. Aku melihat kedua belah jari kakinya tidak ditegakkan. Sujud yang salah. Bererti solatnya tidak sah. Sujud yang sah hendaklah atas 7 anggota sebagaimana hadis Rasulullah SAW:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : امرت ان اسجد على سبع اعظم : على الجبهة، والانف، والركيتين، والقدمين
Dari Nabi (saw) bersabda: Aku diperintahkan agar sujud di atas tujuh (anggota), dahi, Rasulullah bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh bumi" dua tangan, dua lutut dan dua kaki"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Mengapa manusia tidak mahu mengejar ilmu sebagaimana mereka mengejar harta. Demi harta, ramai orang yang keluar pagi pulang senja. Ada yang sanggup bersengkang mata di malam gelita. Ketika mereka beribadat dalam kejahilan, lalu ibadat itu tidak sah pada syarak, siapa yang patut dipersalahkan? Orang-orang berilmu yang melihat kesilapan merekakah yang patut menegur atau mereka sendiri perlu berusaha mencari halaqah-halaqah ilmu?

Ironinya, manusia yang beramal secara silap ini terus dengan kejahilannya. Dia tidak pula mahu memperbaiki. Malah ketika dipersoalkan atau ditegur, dengan rasa tidak senang dia berlalu pergi.

Mengapa demi harta dan kekayaan, ada orang sanggup duduk mendengar 'talk' yang menerangkan skim-skim dan plan-plan perniagaan untuk sesuatu produk. Tapi, untuk ilmu dan kemantapan ibadah, tidak sanggup duduk dalam kuliah dan halaqah.

Di kala dia beramal lalu silap dalam amalannya, di akhirat kelak, akan datanglah hujahnya di depan Tuhan.

'Ustaz itu itu tidak menegurku...tak membetulkan kesilapanku...",Ilmu itu dicari, bukan mencari. Ilmu itu bukan pengemis yang meminta tetapi orang kaya yang membela.

Wahai orang yang tidak berilmu. Sebagaimana cintamu kepada dunia membuatkanmu mengejarnya, demikianlah kepada ilmu, hendaklah kau mengejarnya.

Wahai orang yang berilmu. Rendahkan dirimu dan dengarlah ilmu daripada orang menyampaikan ilmu biarpun yang menyampaikan itu lebih kecil daripadamu dalam usia.
http://muridkyai.blogspot.com/

Sekian, ubat jahil adalah belajar. Ubat malas ialah rajin! Jumpa lagi.

Rabu, Februari 10, 2010

MTQ Peringkat Sekolah. Sehati Sejiwakah Kita Merealisasikan Impian?

Salam pertemuan. Blog 'Sedetik Masa' macam biskut 'chipsmore', sekejap ada sekejap tiada. Tapi, sebagai seorang insan yang diamanahkan oleh Dia di atas dunia ini maka tercetuslah semangat jihad untuk menyemarakkan minda umat Islam. Begitulah kisahnya pada 9.2.2010 semalam tercatat satu peristiwa 'Pertandingan MTQ Peringkat Sekolah'.

Alhamdulillah, setelah sekian lama hasrat dan harapan untuk merealisasikan MTQ akhirnya terlaksana jua. Terima kasih buat rakan-rakan guru yang bersungguh-sungguh membantu dari segi persiapan tempat, p.a system, penghakiman dll. Walaupun usaha kecil nampak semacam remeh saja (bagi sesetengah orang), bagi diri ini dan 'jong kaka panitia' kita merasakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Mujurlah ada sokongan yang cukup kuat dari pihak pengurusan terutamanya sumbangan 'fulus' untuk hadiah budak-budak.

TETAPI, dalam apa hal pun ada pihak yang setuju dan ada puak yang tidak setuju. Ingatlah kerja buat atas nama 'baca al-qur'an' pasti ada ganjarannya di sisi Dia. Tentulah majlis ini jauh lebih baik dari menganjurkan pertandingan lagu walau lagu patriotik. Sebenarnya susah hendak senangkan hati semua pihak. Ada orang kita ni lebih suka cari berita sensasi. Hal-hal rumahtangga orang jadi keutamaan. Suka sangat berdolak dalih..apabila orang lain buat, semacam ada yang tidak kena. Tak apalah. Terima kasih sahaja.

Aku bekerja pasti bukan kerana dia tapi untuk Dia!!

Sekian, Wassalam.

Selasa, Februari 02, 2010

Majlis 'Sayonara' 2010

Salam perpisahan buat dua sahabat ke SMKNS. Selamat bertugas dengan penuh cemerlang. Anda memang cemerlang!


Suasana pilu mengiringi pemergian Hajah Abadah Abd Latif ke SMKNS




Kenangan di bilik GKMP Kemanusiaan SMKNS- Hajah Abadah tersenyum simpul.


Kenangan terpahat di sanubari..

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama Si Kucing Belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama Mah dan kak Dah dua orang

Masam manis rasanya mangga
Pahit kelat rasanya peria
Dalam manis ada dukanya
Perit rasanya tiada ceria

Pantun bukan, syair pun bukan
Seloka bukan, sajak pun bukan
Sedetik masa sejentik rasa
Merakam kenangan sepanjang masa

Sekian dulu catatan hamba, insan biasa di dunia yang fana'. Wassalam.




Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails