Rabu, Disember 31, 2008

Selamat Bermujahadah Buat Semua

Alhamdulillah, nampaknya tinggal 3 hari sahaja lagi kita semua akan kembali seperti sediakala iaitu musim kembali ke sekolah tahun 2009. Semalam 30.12.2008 keputusan PMR diumumkan di seluruh negara. Kita lihat wajah-wajah gembira, tenang, resah, gelisah, sugul setelah keputusan berada di genggaman. Bagi yang cemerlang (8A atau 9A) gembiralah agaknya. Bagi yang tidak mencapai hasrat..ada yang berendam air mata. Begitulah hidup di dunia ini. Sebenarnya, perjalanan hidup kita masih panjang. Setiap masa adalah perjuangan. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Setiap pengorbanan memerlukan keikhlasan. Mungkin hari ini kita tidak dapat apa yang kita hajati..bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya dan mesti bermuram durja.

Insan yang berjaya dengan cemerlang, sudahkah anda melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran (terima kasih) di atas nikmat yang Allah s.w.t berikan?? Ramai murid yang berjaya, tetapi kekadang mereka terlupa sujud kepada Allah s.w.t.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w bermaksud:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.2. Menutup aurat3. Menghadap kiblat. Rukunnya pula ialah :1. Berniat untuk sujud syukur2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud 3. Satu kali sujud4. Memberi salam sesudah duduk.
Semoga kehadiran 1430H/2009M akan lebih mendewasakan kita di dunia yang penuh pancaroba ini.

Ahad, Disember 28, 2008

Azam Tahun Baru 1430H

Sebagai ANAK,
Saya harap saya adalah anak terbaik buat ma dan arwah pa tercinta.

Sebagai PEREMPUAN dan ISTERI ,
Saya harap saya adalah :

1. Wanita teladan & isteri solehah yang sentiasa mendahulukan kemahuan dan keinginan suaminya dari kemahuan dan kehendaknya sendiri.

2. Wanita teladan & isteri solehah yang sentiasa bersikap malu terhadap suami, bersopan santun pada setiap perkataan dan perbuatan.

3. Wanita teladan & isteri solehah yang sentiasa berhias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.

4. Wanita teladan & isteri solehah yang sentiasa bersedia melayani dan memenuhi kehemdak batiniah dan zahiriah suami bila diperlukan.

Saya harap saya adalah seorang yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu:

"Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain." – (Riwayat Al Tausi)

Anda pula bagaimana??

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijriah

Assalamualaikum.

Biarlah orang lain galak menyambut kedatangan tahun baru 2009, tapi bagi kita umat Muhammad s.a.w tahun hijriah ini merupakan detik sejarah yang amat bermakna dalam diari umat Islam. Kalaulah tiada 'hijrah' yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t mungkin kita tidak dalam keadaan ini pada hari ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama membaca dan menghayati doa akhir dan awal tahun.

Selepas Maghrib pula, kita sama-sama menghayati doa awal tahun.

Sebenarnya Rasulullah tak sambut tahun baru tapi tak salah kalau kita ambil peluang untuk muhasabah diri dan berdoa kepada Allah. Tahun Hijrah ini idea Saidina Umar Al Khatab. Dia memanggil sahabat untuk berbincang tentang tahun untuk umat Islam. Ada cadangan supaya tarikh lahir Rasulullah diambil sebagai tahun Islam, ditolak oleh Saidina Ali kerana serupa dengan kaum Nasrani yang mengambil tarikh lahir Nabi Isa. Di sini keprihatinan sahabat cukup terserlah yang tidak mahu serupa dengan Nasrani. Kemudian ada cadangan tahun nabi diangkat menjadi Rasul. Cadangan ditolak oleh Saidina Usman kerana Islam bukan hanya agama untuk nabi Muhammad saw, tapi rasulullah hanya menyampaikan. Akhir sekali cadangan diterima iaitu mengambil tahun Rasulullah s.a.w berhijrah dari Makkah ke Madinah. Maka bermulalah tahun Hijrah. Hijrah merupakan peristiwa significant, kerana 10 tahun di Makkah hanya lebih kurang 200 orang masuk Islam. Selepas Hijrah, Islam menjadi kuat seramai 400,000 dalam 13 tahun. Maka marilah kita menghayati pengorbanan Rasulullah dan para Sahabat menyebarkan Islam dan bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai Islam.

Apakah azam tahun baru anda??
Wassalam.

Selasa, Disember 23, 2008

Salam Percutian Yang Penuh Makna

Salam semua.

Sebenarnya lama sungguh saya tidak menjengah 'rumah sedetik masa sejentik rasa' saya ini. Rindu sangat. Sepanjang cuti persekolahan ini banyak peristiwa suka duka, manis masam, dan banyak lagi yang berlaku. Tapi, tidak perlulah saya perincikan. Cukuplah saya katakan bahawa cuti sekolah ni banyak mengajar erti ketabahan melayan karenah putera puteri di rumah.

Saya ingat, cuti sekolah ini biarlah dapat 'mengajar' anak dara saya goreng ikan atau buat 'singgang ikang' TAPI sebaliknya saya yang digoreng dan disinggang selalu. Nak buat macamana..

Saya ingat, cuti sekolah ni biarlah dapat tunjukcara lebih dekat 'cara-cara menyambut tetamu'.. sekurang-kurangnya anak dara saya boleh buat teh sekole atau menggoreng keropok lekor, TAPI walhasilnya saya yang jadi kole dan jadi keropok lekor...mmm

Saya ingat, cuti sekolah ni biarlah anak-anak saya dapat hafaz ayat-ayat lazim sekurang-kurangnya juzuk 30..TAPI, mereka nampaknya lebih dulu berguru dengan televisyen yang lebih hebat pengajarannya (alhamdulillah, mereka sudah dapat menghafaz 30 lagu rock atau balada atau poprock...) Bertuahnya saya??

Saya ingat, cuti sekolah ni biarlah anak-anak saya melentikkan jari jemari dengan unsur-unsur kesenian melipat kain baju yang bertimbun siang malam..TAPI sampai lentik tulang belakang saya menghabiskan waktu senggang saya melipat baju seluar mereka (termasuk anak baju). Alahai...

Saya ingat, cuti sekolah ni saya dapat jadi 'permaisuri' di hati anak..tapi rupanya saya jadi macam 'ibu tiri', pagi-pagi lagi siaran radio HOT FM saya sudah beroperasi.Kalimat pertama tentulah "bangun..bangun..subuh dah nak lari", lepas tu tentulah kalimat , "jemur kain weh..buka tingkap yo..basuh pinggan deh.." Saya hanya perlu buat rakaman sahaja untuk tempoh masa 52 hari kita bercuti (akhirnya, saya juga yang kena buat..)

Saya ingat, saya masih belum mampu memanusiakan erti kemanusiaan dan kehidupan bermakna untuk anak-anak saya. Semoga Allah Taala membuka pintu hati dan pintu rezeki buat anak-anak tercinta akan erti sebuah kehidupan yang hanya sementara di dunia ini.

Jumaat, November 21, 2008

Musim 'Berkhatan'

Syukur alhamdulillah, agenda berkhatan satu-satunya anak lelaki saya (Hariz) sudah selesai pada 18. 11.2008 . Justeru itu, saya tertarik untuk menyampaikan sedikit perihal berkhatan ini.

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.

Berkhatan termasuk di antara amalan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT terhadap hambaNya. Ia adalah sebagai pelengkap fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Berkhatan

Sepertimana yang tersebut dalam kitab al-Majmu‘ dan kitab Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj, berkhatan itu wajib ke atas lelaki dan perempuan yang dilahirkan tanpa berkhatan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Ta‘ala maksudnya:

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.”

(Surah an-Nahl: 123)

Dalam ayat ini, Allah Ta‘ala memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w supaya mengikut ajaran-ajaran agama Nabi Ibrahim a.s, dan di antara ajaran-ajaran Nabi Ibrahim a.s itu ialah berkhatan. Perkara ini jelas dikuatkan lagi dengan perbuatan Nabi Ibrahim a.s itu sendiri yang mengkhatan dirinya pada masa umurnya lapan puluh tahun, sebagaimana riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Berkhatan Nabi Ibrahim r.a ketika Baginda berumur lapan puluh tahun dengan alat qadum.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Menurut kitab Syarh al‑Muhadzdzab ulama berkata, salah satu perkara dalam agama Nabi Ibrahim as ialah berkhatan. Berkhatan itu adalah wajib dalam agamanya.

Selamat berkhatan pula buat Husin Ali. Muhammad Hariz Eilman sudah selesai. Semoga semuanya selamat. Amin

Sabtu, November 15, 2008

Ustazah Pun Meniru

Suspenkan lihat tajuk saya hari ni( pastinya, bukan meniru dalam peperiksaan).. Alkisahnya begini..ada seorang ustazah tu, kiranya hubungannya terlalu rapat dengan saya. Beza umur setahun saja. Dia lebih tua dari saya.Kerjanya ialah meniru tajuk-tajuk catatan saya. Saya tak marah pada dia. Jauh sekali hendak kutuk dia SEBALIKNYA saya rasa bangga kerana di sebalik sedetik masa sejentik rasa saya ini ada orang berminat membacanya dan respon pula dalam dia punya blog.

Tak pe..tak pe..saya tak marah.Saya sayang ustazah ni.Seminggu dua ni boleh pekenakan dia sebab saya difahamkan laptop dia sudah rosak dipanah dek petir.Habis jem modem dia.

Jangan marah ustazah jay.

Dari adikmu yang 'manja'.

Khamis, November 13, 2008

SELAMAT HARI LAHIR BUAT SAYA.

Allah selamatkan saya!
Allah selamatkan saya!
Allah selamatkan saya ini..Allah selamatkan saya!!

Selamat hari lahir yang ke xx kepada saya. Rupa-rupanya usia saya sudah berubah saat ini. Saya bersyukur kerana Allah memanjangkan usia saya. Azam saya hanya satu iaitu untuk menjadi insan terbaik dalam usia yang cukup matang ini bagi seorang manusia. Saya juga bersyukur kerana saya dapat lagi bernafas saat ini walaupun kenangan catatan 'malam pertama' saya masih baru dalam ingatan.

Sudah pasti saya mahu agar malam pertama saya nanti adalah malam pertama yang indah untuk dikecap oleh manusia yang lemah serba serbi ini.

Sekali lagi saya ucapkan 'selamat hari lahir buat saya'. Terima kasih bonda kerana telah melahirkan saya dan menjadi saya seperti hari ini. Maafkan saya bonda kerana masih lagi 'berkasar' dengan bonda (sesekali).

Rabu, November 12, 2008

Malam Pertama??



Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu. Sudah tentu persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

“Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usaha mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Bagaimana pula MALAM PERTAMA kita??

Seruan Haji..

Salam buat bakal haji dan hajah 1429H. Doa saya mengiringi perjalanan tetamu-tetamu Allah yang dimuliakan untuk sama-sama berada di dua tanah suci al-haramain. Saya sempat mengunjungi seorang dua yang akan ke bumi anbiya' itu. Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.

Hati saya rasa sedih kenapa ramai kawan-kawan saya yang mempunyai harta masih tidak berkeinginan untuk memijakkan kaki ke Makkatul Mukarramah.Tapi, sukar juga bagi saya hendak meyemai keyakinan kepada rakan-rakan bahawa seronoknya kerja haji ini. Yang penting ada keazaman. Usia kita pun bukannya makin muda tapi dari setahun ke setahun usia bertambah. Dulu 30-an.Sekarang awal 40-an. Kata orang, penyakit pun datang dalam usia seperti ini. Bukannya saya menafikan ketentuan Allah swt. Sejak al-Quran diturunkan, Nabi Muhammad diutuskan ke muka bumi ini baginda menyeru kepada seluruh umat manusia untuk mengerjakan haji bagi yang BERKEMAMPUAN. Maksudnya, kita ini mampu dari segi fizikal, kewangan, kenderaan yang selamat, perjalanan yang aman damai, kalau isteri kena minta izin suami (selalunya isteri pergi bersama suamilah)..ada nafkah yang mencukupi untuk anak-anak di Malaysia maka kita dianggap berkemampuan.

Bukan apa, saya melihat trend sekarang, ramai yang boleh mengumpul kenderaan mewah, rumah tersergam besar dan indah, barang kemas usah cerita laa tapi kenapa susah untuk ke 'sana'? Memanglah keadaan jadi rumit dan merumitkan kalau dalam akal fikiran masih lagi memikirkan nak pergi dengan pakej mahal, kalau boleh ada pakej yang sediakan tempat tinggal dalam masjidil haram lagi baik..maka sebab itulah kerja haji jadi begitu rumit nak dilaksanakan. Cubalah kita bersifat qanaah. Kalau mampu tidak salah pergi dengan pakej mahal. Apa yang penting...kerjasama (macam lagu wonder pet pulak). Mulakan langkah anda dari sekarang. Mula-mula daftar haji dulu. Kemudian belajarlah dengan orang-orang yang bertauliah dan mahir dalam hal haji. Ingat, ustaz ustazah pun belajar kerana tidak salah belajar haji. Ilmu yang sedikit akan bertambah.

Oklah. kepada sesiapa yang sudi baca blog saya ini jangan kecil hati pula. Fikirkan positif. Kerana tanyalah siapa pun yang pernah mengerjakan haji atau umrah tidak ada seorang pun yang tidak ada rasa hendak pergi lagi melainkan nak pergi selalu. Termasuklah saya. Rindu pada baitullah. Rindu pada masjid nabi (di situ terletaknya maqam kekasih Allah) yang ada raudhah di dalamnya. Masya Allah.

Sekian dulu. Jumpa lagi.

Ahad, November 02, 2008

Jua Doa Buat Budak-budak 5 al-Khawarizmi

Salam peperiksaan buat anak-anak didikku di 5KH. Melihat usaha anda setakat ini, saya masih tidak berpuas hati. Sungguh tidak puas hati. 'Puas hati'diukur dari mata kasar berdasarkan keputusan peperiksaan, jua latihan berterusan yang tidak konsisten. Sekali ketuk sekali masuk...Alahai 5 Kh.. SPM tinggal beberapa hari lagi, anda masih khayal dalam dunia yang entah apa-apa itu.

Biarlah saya seru satu persatu nama-nama bertuah yang menghuni dunia 5KH.Harap-harap anda yang terbaca catatan ini sedar bahawa anda senantiasa dalam ingatan saya. Siang malam.Ada 9 putera dan 14 puteri. Di sebelah kanan meja guru ada nama Hirman, Din, Nizam, Aiman, Syahidin, Hisyam, Zukiman, Safwan, Azraie..Barisan puteri pula saya mulakan dengan Bazilah, Zulaikha, Siti Zaharah, Haslinda,Hanis, Akmal (tgh khayal sekarang), Farzila, Nadia, Mukhlisa, Kazimah, Safawati, Idayah, Hidayah dan Auni.

Saya sentiasa doakan kejayaan kalian.Pada setiap waktu solat berlabuh..setiap kali itulah saya mendoakan kebahagiaan, kejayaan buat kalian. Tidak pernah sepunyit pun saya merasa jemu menyampaikan ilmu untuk kalian. Cuma, kalian yang tidak dapat membezakan antara harapan seorang guru dengan 'paksaan'. Semoga bunga-bunga kejayaan mengiringi hidup kalian di dunia dan akhirat. Ingat!! Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang.

Wassalam. Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan.

Rabu, Oktober 22, 2008

Doa Buat 5 Al-Biruni 2008

Entah mengapa melihat anak-anak didik di kelas, hati ini terasa sayu kerana mereka terlalu baik dan tulus dalam menghadapi hari-hari terakhir sebelum SPM. Apa orang kata, beri apa pun mereka buat tanpa bantahan dan sungutan...bayangkanlah kertas-kertas soalan latih tubi bertubi-tubi diberi, di'stapler', disusun dan macam-macam di lagi. Hebatnya anak-anak murid ni tanpa rasa jemu dan bosan menerima dengan suka hati dan riang.

Mengikut firasatku, itu adalah tanda-tanda orang yang akan berjaya dalam peperiksaan.Insya Allah. Justeru itu, di ruangan ini saya ingin mengucapkan selamat berjuang habis-habisan kepada semua murid 5 Al- Biruni: Nazira, Fatihah, Ilhami, Noriatul, Jasmin, Fitrah, Syznee, Hidayah S, Hidayah Z, Ainur, Emylia, Atiqqa, Anis, Arifah, Afiq, Nasrullah, Hamdam, Izzat, Izwan, Fahmi, Hafiz, Izyan..tapi Aimie ngan Shafawi masih lagi leka dalam dunianya sendiri. Semoga dapat keluar dari alam khayalan.

Ok. Sekian dulu untuk kali ini.

Ahad, Oktober 19, 2008

Demam Peperiksaan

Assalamualaikum.

Walaupun masih dalam kehangatan hari raya, anak-anak didik di semua sekolah mula 'demam peperiksaan'.PMR baru sahaja berakhir, SPM bakal menjelma pula. Anak-anak murid saya di 5 al-Biruni dan 5 al-Khawarizmi nampak 'semacam' saja. Hari-hari, cikgu masuk hulur kertas soalan. Kemarin soalan Perak, hari ni soalan Kelantan, belum sudah jawab semua soalan Selangor pula menanti.

Kalaulah kertas-kertas putih itu boleh bertukar warna jadi not berwarna hijau ke, merah ke, ungu ke..tentu seronok.Tapi, keseronokan menuai hasil itu wahai anak-anak didikku tidak akan diperolehi sekarang.Tunggulah bulan Mac tahun depan. Ingat pesan ustazah..bukan senang nak senang. Ingat!! Jalan MESTI ke depan, bukan ke belakang (macam iklan PETRONAS pula..)Ingat juga tips untuk mencapai ketenangan menjelang peperiksaan.Antaranya jaga solat fardu, jangan sesekali derhaka kepada ibu bapa (spt. menengking, mengherdik, memukul, menghina, menjeling, masam muka, tidak berterima kasih dll) kerana keredaan Allah swt terletak di atas keredaan ibu bapa, selalu solat hajat, baca al-Qur'an, hormati guru (tolong cikgu, berterima kasih kepada cikgu, jangan sesekali menyakiti hati cikgu)dan macam-macam lagi

Saya yakin, usaha berterusan, doa dan tawakal boleh menghasilkan sejuta bintang bergemerlapan. Dan, kejayaan yang diperolehi sudah pasti kejayaan hakiki cemerlang di dunia.. gemilang di akhirat.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM KEPADA SELURUH MURID DI SELURUH NEGARA

Selasa, Oktober 14, 2008

Rumah Terbuka

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan seisi keluarga menjengah 'teratak' hamba pada hari Jumaat 17 hb. Oktober 2008 kerana ada sedikit jamuan ringan. Semoga tidak menguzurkan diri. Kehadiran anda semua amatlah dihargai.

Ahad, Oktober 12, 2008

Selamat Menduduki PMR

Nampaknya pejam celik, celik pejam..pejam tak celik-celik atau celik tak pejam-pejam ini, anak-anak saudara saya sudah sampai fasa ke 2 dalam menempuh peperiksaan selepas zaman UPSR berlalu. Esok, tangal 13.10.2008 Wan Nur Afiqah Wan Abdullah (SMKTM), Hasan Ali Mohamad Afandi(SMA Maarif) dan Nur Insyirah Amirizal (Melaka)akan menduduki PMR. Kami doakan semoga kalian dapat jawab dengan tenang,baik dan cemerlang setiap soalan peperiksaan.

Jumaat, Oktober 10, 2008

Khat oh Khat!!


Alhamdulillah, dua hari lepas saya berpeluang menghadiri kursus khat dua hari di PKG Raja. Adalah pengetahuan baru mengenai khat walaupun masih jauh ketinggalan..walhal semasa ayahanda ada, saya tak pernah berpeluang dan meluangkan masa belajar seni warisan zaman ini. Akhirnya, inilah harga yang perlu saya lunaskan - anak penulis khat terkenal daerah Besut tapi tak tahu menulis khat. Rugi bukan??

Saya tidak berseorangan di sana. Bersama adinda Rabihah, saya bertungkus lumus menulis cebusan-cebisan khatnasakh, riq'ah dan thuluth. Masya Allah buruk bebenor tulisan saya. Malu pada ayahanda (kalau dia tengok).Tak apalah..

Terima kasih buat Hj Abidin, Ustaz Kassim..Kalian berdua di antara orang-orang yang sabar mempelajari khat sehingga boleh menjadi fasilitator. Saya bukan tidak berminat tapi 'khat' saya agaknya banyak digunakan untuk melukis kain di jemuran, membasuh pinggan mangkuk, memegang pen'yapu'..he he mungkin dicampur dengan malas maka seribu alasan boleh saya beri.

Ingatlah wahai anak-anakku, cucu-cucu Cikgu Mat semuanya belajarlah menulis khat. belajar dari hati yang ikhlas dan mendalam, banyakkan latihan kerana darah seni itu sememangnya sudah ada tinggal lagi mencari ilmu dan penghayatan. Rugi sangat bakat seni yang ada pada arwah Pa tidak dipanjangkan. Rugi pada masyarakat dan Umat Islam.

Hidup Khat..
HIDUP SENI KHAT..

Selasa, Oktober 07, 2008

Sejentik Rasa Aidil Fitri

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta hidayah dan 'InayahNya..kita Umat Islam dapat merayakan aidil fitri tahun 1429H ini dengan penuh sederhana tetapi meriah. Bagi saya, raya tahun ini mencatat sejarahnya sendiri kerana sekian lama saya menginginkan suasana raya di kediaman sendiri akhirnya dapat dilaksanakan.

Sedetik masa setelah Solat Isya'(malam hari raya Syawal) di Masjid Hj Ishak, Dengir saya dan suami serta anak-anak berkumpul di rumah bonda walaupun bonda belum pulang dari mengerjakan umrah untuk sama-sama membuat persediaan bahan makanan untuk hari raya esoknya. Umi Jay riuh dengan kerutupnya.Best...Nampaknya tak perlulah kita tempah Kak Yah Alor Lintah lagi lepas ni. Adinda Jam sibuk dengan rendang ayamnya.. Kekanda Da siap siaga dengan sate-satenya. Jadi juga kita raya walaupun bonda tiada. (Ayahanda memang pasti tidak akan kembali..al-fatihah)

Jam 12.00 malam, kami pulang ke rumah sendiri. Buat pertama kali saya akan menyediakan juadah hari raya sendiri. Puas bertanya orang resepi terbaik buat nasi minyak. Dalam keterujaan itu, anakanda 'Inayah panas badan - demam rupanya. Walau sibuk melayan karenah anak demam dapat juga saya menyiapkan gulai ayam untuk nasi minyak. Diam tak diam jam sudah pukul 2.45 pagi..Saya kena rehat juga ni maklumlah esok kena bangun seawal fajar yang mungkin.

Nasi Minyak, jam 5.00 pagi saya sudah mula projek masak nasi..Beras Bhasmati lagi.Alhamdulillah siap juga seadanya. Maklum budak baru belajar. Seusai Subuh, saya kejutkan anak-anak agar bangun dan mandi sunat hari raya. 'Inayah masih panas badan..Sebelum ke Masjid, kami anak-beranak menjamah dulu sedikit makanan. Ikut sunnah Nabi s.a.w. Syukurlah kerana saya masih dapat menyempurnakan Solat Sunat Aidil Fitri tahun ni.

Apa yang saya rasa??..terharu luar biasa.Kami dapat menyempurnakan puasa. Dapat khatam al-Qur'an bersama lewat tadarus yang tak pernah putus-putus. Dapat mengerjakan Solat Tarawih..Ya Allah! Berkatilah kehidupan kami dunia akhirat. Halalkanlah rezeki kami. Perelokkanlah akhlaq kami. Jadikanlah kami anak-anak yang salih dan salihah kepada ibu bapa kami. Amin.

Ya..itulah sedikit luahan rasa dalam sedetik masa ini. Semoga tahun-tahun yang mendatang akan lebih bermakna lagi bagi kami.

SAYONARA.WA 'ILA LLIQA'..MA'ASSALAMAH.

Ahad, Oktober 05, 2008

Puasa Sunat Syawal ATAU Qada' dulu?

Mendahulukan Puasa Qada'

Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qada’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qada’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rajab rahimahullah berkata dalam Latiful Ma’arif, “Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Ramadan, hendaklah ia mendahulukan qada'nya terlebih dahulu kerana hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qada’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”.

Pendapat ini juga disetujui oleh Syeikh Muhammad bin Salih Al Utsaimin dalam Syarah Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna hadith Abu Ayyub di atas.Semoga kebahagiaan selalu mengiringi orang-orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW. Wallahu a’lam.

Sabtu, Oktober 04, 2008

Bonda Pulang Dari Bumi Anbiya'

Tidak sabar rasanya menunggu kepulangan bonda tercinta..Selamat pulang aduhai bonda. Anakanda ingin mencium pipimu, menyalamimu, memelukmu seperti sedetik masa dahulu.

Rumah Terbuka Adinda Nur dan Jamil

Saat ini, kami keluarga Hj Muhammad Abdullah berada di rumah Nor dan Jamil sempena rumah terbuka aidil fitrinya. Sebenarnya inilah pertama kali saya sampai di 'teratak' nor(dia sendiri yang kata). Bagi saya rumahnya memang cukup selesa bertiga kalau nak dibandingkan dengan kuarters SMK Kuala Besut sedetik masa dahulu. Syukur alhamdulillah kita masih ada tempat untuk berteduh, tempat makan minum dan tempat mengembangkan zuriat. he he he..Terima kasih nasik dagang. Memang first class sedapnya. Lain kali buat lagi. Terima kasih daun keladi.

Khamis, September 25, 2008

MENGAPA DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR ?

Bagaimanakah malam al-Qadar itu?
Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :

Pertama : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.

Kedua : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.

Ketiga : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

Keempat : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat.

Oleh itu hidupkanlah malam Ramadan dengan beriktikaf, menunaikan Ibadah solat, berzikir, mengaji al-Quran mendengar hal-hal yang berguna, mengulang kaji berkenaan Puasa, Solat, Zakat fitrah dan berbagai Ilmu Pengetahuan yang boleh merapatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t.dan dengan sesama manusia.

Mereka yang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh menghidupkan malam Ramadhan dengan solat tarawih,berzikir,membaca al-Quran,mempelajari Ilmu pengetahuan yang berguna terutama sekali berkenaan ibadah Puasa,dengan demikian dapatlah ia menunaikan ibadah Puasa Ramadan dengan baik dan diterima Allah ibadahnya itu serta mendapat balasan yang berlipat ganda melebihi seribu bulan. Semoga keselamatan yang diperoleh hingga terbitnya fajar,amin….

Wallahua'alam

Bondaku Hajah Hasmah Awang



Bonda,Baru kini kusedar ketiadaanmu di sisi amat bermakna.
Apatah lagi di saat Aidil Fitri kian menjelang.
Anakanda merindui suaramu, leteranmu, senyumanmu
dan...
air tanganmu membuat juadah malam raya.

Bonda,
Jauh bonda beraya di bumi anbiya' impian semua.
anakanda terkenang kasih sayangmu.
di tubir mata ini,
ada titisan jernih,
merindui akan dirimu,
umpama Sang Pungguk rindukan bulan,
umpama laila rindukan majnunnya.

Namun dikau bukan bulan bukan juga majnun
KAU adalah insan paling istimewa
di telapak kakimu terhampar syurga
di rahimmu aku berteduh
di dadamu aku merasa hangatnya kasih ibu
umpama mengalirnya harga sebuah
pengorbanan yang kau luahkan
dengan penuh kepayahan
tanggal 13 november 1968.

Salam sayang buatmu
Bonda Hasmah Awang
Kau ratu hatiku.

Rabu, September 24, 2008

Kad Raya

Selamat hari raya..semua orang boleh menyampaikan ucapan raya baik melalui email, sms dan apa-apa cara pun. Tapi, bagi saya hari raya seolah-olah tidak bermakna tanpa melayangkan kad raya terutama kepada keluarga terdekat dan sahabat-sahabat ketatku.

Kad raya,
walaupun agak tradisional jika hendak dibandingkan dengan zaman yang maha canggih ini tetapi bagi saya kad raya sempena hari raya ada sentimental value tersendiri. Siapa yang ajar semua ini??Siapa lagi kalau bukan arwah Pa tercinta. Beliau selalu menyuruh anak-anak hantar kad kepada guru-guru..dan bila anak-anaknya sudah dewasa tanpa disuruh dipaksa anaknya pandai pula menghantar kad raya buat kekasih.

Alhamdulillah, tahun 2008 ini walaupun masa begitu deras saya sempat melayangkan kad-kad raya buat insan yang tersayang dan mempunyai jasa kenangan sendiri dengan diri ini. Mana mungkin saya melupakan Hjh Rahimah Rahim JB(ibu angkat-posting jb'93)
Pak Cik Kasim Bt Gemuroh, Hj Mohd Noor Felda Kerteh( bapa angkat OPKIM PERMATA UKM),Syed Anuar GPMS, Kanda Za, kanda Mi, Adik Jam, Adik Rah, Adik Bi, kawan-kawan Nor Azimah, Kak Yam,Kak Abadah, Saudara-saudara sekapal musim haji KT29 2005 Hjh Noor Fauziah, Hjh Kamariah, Hjh Latifah dll.

Walaupun ada orang kata membazir tenaga, masa kerana mengepos kad raya bagi saya, saya tetap dengan diri saya. Walaupun jarang orang membalas kad-kad raya dari saya - saya tak kisah. Aimann tak kisah. Janji saya ingat kawan-kawan dan keluarga saya.

Apa pula pendapat anda???

Isnin, September 22, 2008

Sedetik Masa Dahulu..



Sedetik masa dahulu
kucapai tanganmu, kucium pipimu, kupeluk dirimu..
kerana kau insan istimewa
yang melahir dan membesarkan diriku
seperti ini

Sedetik masa dahulu
kami anak-anakmu yang nakal akan beratur menunggu
pemberian duit raya darimu
walaupun tidak sebesar mana akan nilainya
kami menghargainya
buktinya sampai ke hari ini duit rayamu masih utuh tersimpan
di dalam diari kenanganku
walaupun kini warna duit sudah bertukar rupanya

Sedetik masa dahulu
Bulan Ramadan seperti ini kita bertarawih bersama
bersimpuh berjemaah menjamah hidangan
walaupun hidangannya tidak sehebat duniaku hari ini
kami gembira menikmatinya

Sedetik masa sudah berlalu
yang tinggal hanyalah bilah-bilah kenangan yang tidak mungkin sama sekali akan terpadam dari lipatan ingatanku

Kenangan bersamamu ayahanda sentiasa harum di hati ini
aku merinduimu dulu, kini dan selamanya

Salam sayang untukmu ayahanda Hj Muhammad bin Abdullah

Sabtu, September 20, 2008

Kuseru Namamu Lailatul Qadar

Assalamualaikum,
Lailatulqadar atau malam yang ditaqdirkan adalah merupakan suatu tawaran istimewa dan paling besar daripada Allah(swt)untuk hamba-hambanya yang beriman sebagaimana firmanNya yang bermaksud:Malam yang ditakdirkan itu adalah lebih baik dalam seribu bulan.

Berhubung dengan masa dan waktunya,maka tidak didapati sebarang keterangan yang tepat mengenainya,tetapi pada dasarnnya ia tetap wujud dalam bulan Ramadan.Walau bagaimana pun berdasarkan kepada hadis-hadis, baginda telah membuat kita mendapatinya sebagaimana sabdanya bermaksud :Berjagalah kamu akan LAILATULQADAR pada malam yang witir(ganjil)dari sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan.

sekian,wassalam.

SELAMAT HARI RAYA



Sesungguhnya dalam meniti perjalanan hari..sedar atau tanpa disedari banyak perbuatan, perkataan, sifat, renungan yang kadang-kadang kita ikhlas melakukannya tapi bagi orang lain merasakan sebaliknya. Jadi sebagai manusia biasa yang berlidah tanpa tulang ini tentu tidak ada kuasa luar biasa bagi mentafsirkan makna yang tersilap.

Lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga sendiri..terlalu banyak khilaf yang dilakukan. Maafkan saya sekeluarga.

PTK

Alhamdulillah keputusan PTK kohot 7 bil6/2008 sudah keluar keputusannya siang tadi. Bermakna berakhir sudah kemelut perjuangan dalam PTK setelah lulus. Biarpun tidak cemerlang mana. Well, saya bersyukur. Tahniah untuk Cikgu Abadah dan Cikgu Ridzuan kerana berjaya mendapat IV-IV.

Itu namanya rezeki Ramadan.Berkat bulan Ramadan. Hasil usaha dan iltizam berterusan..dengan bantuan sifu-sifu daerah Besut Pn Hjh Fariza Nurbaya, Cikgu Tn Hj Mohamad Affandi dll.

Semoga rezeki tuan-tuan, puan-puan diberkati Allah s.w.t. yang menolong dengan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Hanya Allah s.w.t yang boleh membalasnya.

Amin.

Khamis, September 18, 2008

Anak Oh Anak

Semalam cuti Nuzul Quran 17 Ramadan 1429H. Hampir seminggu saya tak dapat membuat catatan dalam Sedetik Masa kerana ada masalah laptop. Kekanda berdua Kekanda Za dan Kekanda Mi sudah selesai acara majlis berbuka...saya bila pulak?? Insya Allah sebelum raya saya akan buat juga majlis buka puasa panggil adik-beradik tercinta. Kekawan kat sekolah ramai yang ambil cuti hari ni dengar khabarnya 'shopping' raya. Anak-anak sibuk tanya, "Mama, bila nak beli baju raya? Bila nak beli kasut raya? Tudung raya?".

Kesiannya aduhai anak-anakku..sabarlah sayang. Tiba masanya, sampai rasanya untuk membeli baju raya kita akan pergi. Kadang-kadang terasa sedih sangat sebab hati terlalu rindu pada Ma, arwah Pa, arwah Nenda (Mok) semacam tidak ada mood untuk raya. Tapi, bila teringatkan anak-anak..sedih pulak. Kerana anak-anaklah, mama ini semangat untuk masak sahur..kerana anak-anaklah mama rajin ke dapur masak juadah istimewa..semuanya keranamu anak-anak tercinta.

Sabtu, September 06, 2008

Masih Segar Dalam Ingatan



Salam Puasa. Esok masuk hari ketujuh kita berpuasa. Masya Allah..Subhanallah.. tidak terasa sedetik masa itu terlalu bangat ia berlalu. Umpamanya, kenangan di Masjid Nabi.Saya teringat maksud hadis daripada Abu Hurairah, r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah."


Alhamdulillah, semasa perjalanan haji bermula 11 Disember 2005 saya diberi peluang oleh Dia yang mempunyai segala kekuatan dan kebesaran Allahu Akbar, saya sempat menunaikan 40 waktu Solat Fardu. Dengan Izin Allah S.W.T jua dalam kesempatan itu semuanya saya dapat lakukan dalam masjid Nabi yang saya cintai. Sedikit pengetahuan 'broken' Lughah Arabiyah saya diberi kekuatan memujuk pengawal di pintu masjid untuk bergerak ke dalam. Banyak kali dapat berdampingan dengan kekanda Za di Masjid Nabawi ini. Masih segar dalam ingatan, sering kali saya termengantuk kerana berlaku sedikit perubahan waktu.


Saya mengambil peluang ke Raudhah..(salah satu daripada taman-taman syurga) hanya tiga kali sahaja. Itu pun dalam situasi yang amat bersesak dan menyesakkan. Tapi, sabar..sabar hajjah..Dalam hatiku aku berdoa, aku datang bukan untuk berperang sekadar untuk menikmati kebeningan Raudhah. Pertama kali dapat memijak carpet hijau putih (terbayang2 ingatan semasa sesi ceramah haji, kalau kaki berada di hamparan hijau itulah Raudhah). Subhanallah!! Dalam diasak, terasak dan begitu sesak saya hampir menitiskan airmata akhirnya saya berjaya memijakkan kaki ke Raudhah. Terus teringat apa yang patut dilakukan.


Dengan penuh kesyukuran dan terharu, saya tadahkan tangan dan berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana Dia memudahkan urusan. Saya mencari ruang yang agak lengang lalu menyampaikan salam kepada kekasih Allah, Assalamualaika ya Rasulullah, Assalamualaika ya nabiyullah, Assalamualaika ya Habiballah..ketika itu air mata menitis deras tanpa disedari, saya ucapkan pula salam buat Saiyidina Abu Bakar seterusnya Saiyidina Umar yang berpeluang dimaqamkan di sisi Rasulullah.


Saya ingin Solat Tahiyyatul Masjid di situ..ingat bukan Solat untuk Nabi (Solat hanya untuk Allah s.w.t) Dua orang polis wanita bertanya adakah saya sudah selesai
( Khalasti ya Malizi), saya jawab.."La, uridu Solat". Terus sahaja mereka menyuruh Solat dekat dengannya..setiap kali ada jemaah lain ingin lalu di hadapan polis itu berkata.."Malizi Solah!Maliziy Solah", Syukran saudara seagamaku. Lalu, saya tidak ingin menjadi tamak seusai solat dan berdoa seadanya saya beredar untuk memberi ruang kepada orang lain. Bukankah orang lain juga ingin merasa nikmat berada di Raudhah? Saya tanamkan azam, akan datang lagi sebelum berangkat ke Makkatul Mukarramah"


Demikianlah, semoga dengan sedikit catatan ini dapat menghilangkan kerinduan kepada bumi anbiya' al-Haramain. Suatu masa nanti, saya pasti akan menyusul lagi...

Makkatul Mukarramah..Sentiasa Dalam Ingatan



Makkah, masih terasa kehangatan berada di bumi Anbiya' 2005. Pertama kali ingin melihat rumahMu, hatiku berdebar. Adakah aku layak menjadi tetamu agungMu?? Akan adakah ruang untukku solat kepadaMu. Melihat betapa ramai tetamu yang Kau jemput..aku tidak bimbang ketiadaan tempat untukku sujud kepadaMu kerana keyakinanku padaMu tidak pernah berbelah bahagi.

Makkah,
RumahMu sentiasa dipenuhi tetamu. Hitamkah kulitnya, putihkah dia, merahkah warnanya.. mereka diraikan penuh makna.Mendapat tempat untuk solat di hamparan rumahMu adalah satu kesyahduan buatku.

Makkah,
Aku kini terasa rindu dan amat rindu padamu. Ingin melihat KaabahMu, bersolat dan doa berhajat di bumi kekasihMu...adalah impianku yang akan kulestarikan selagi nyawa dikandung badan.

Yang Merindui RumahMu.

Rabu, September 03, 2008

Walaupun Syaitan Diikat

Salam Ramadan. Nampaknya sudah tiga hari kita berpuasa. Sekejap saja masa berlalu. Bagi diri hamba yang daif ini sebetulnya macam tiada pembaharuan besar lagi dibuat mengihya'kan Ramadan al-Mubarak ini. Kebetulannya, hamba yang daif ini diuji dengan sedikit ketidaksegaran (batuk2, kering tekak, kering bibir)..entahlah. Kadang-kadang datang dalam akal fikir ini adakah Ramadan ini yang terakhir buatku? Kalau terakhir kenapa dan mengapa aku tidak ada peningkatan amal ini??Sekadar membaca KalamMu..Solat Tarawih pun buat lapan je..(oklah tu), bila hamba yang daif ni hendak menjamu orang berbuka??Bukan tidak mampu menyediakannya tetapi rasa macam sedikit penat. Hari sekolah jam 4.00-4.15 ptg baru sampai rumah. Ya Allah, besarnya nafsu dalam diriku. Kenapa aku tidak mampu melawan malas, mengantuk, letih dan macam-macam alasan lagi. Ya Allah, jauhkanlah diri ini dari segala sifat malas, bakhil dan kedekut..Sesungguhnya aku tidak mahu mengikut jejak langkah syaitan.

More RAMADHAN graphics

Tolonglah hamba ini Ya Allah..Tolonglah daku..Hanya kepadaMu kumohon segala.

Semoga Ramadan 1429H Lebih Bermakna Dalam Makna..

More RAMADHAN graphics

Selasa, September 02, 2008

Ucapan Ramadan

Hari ni, masuk hari kedua umat Islam di Malaysia berpuasa Ramadan..Alhamdulillah. Bercakap tentang puasa sampai hari ni masih banyak ucapan Ramadan yang dikirim sahabat2 dan rakan taulan ketatku. Sampai tak terbalas. Ucapan adik beradik jangan cerita laa...ber'jujuk-jujuk' masuk lewat pengumuman puasa dua malam lepas. Ucapan terakhir diterima dari bekas suami arwah sahabatku- INTAN SHAFINAZ kembali ke rahmatullah pada 8.6.2006. Suaminya Tn Hj Wan Ahmad Razif Wan Abdul Ghani (apa khabar baby baru dan isteri??).

Di antara kata-kata smsnya yang sempat dititipkan di sini..."Kedatangannya dinantikan, Ketiadaannya dirindukan, Ketiadaannya ditangiskan, Ahlan Wasahlan Shahru Ramadan.."Sori Zif, saya tak sempat lagi nak balas. Buat catatan baru kat blog sempat lak?? Ayoe pulak hantar sms kelakau.Nak tau apa yang dia sent, "anak angser anak buayer,X puaser Xleh rayer, Anak ruser anak unter, X puasa masuk neraker".Yoh, ramainya manusia tak puaser dan mereka semuer tak takut neraker pun.

Ramai makhluk yang tak takut pun neraka..baru-baru ni masa ceramah Isra' Mikraj ramai budak sekolahku tak hirau sangat azab-azab yang diceritakan semasa Nabi Mikraj. Yang buat main-main pun ada. Hemm, dunia akhir zaman..terutama bab pakaian.(Nanti saya download pakaian yang sesuai dengan seorang muslimah)

Isnin, September 01, 2008

Penghayatan Puasa

Salam Ramadan lagi.Oleh kerana terlalu banyak bahan mengenai puasa, saya rasa macam tak tahu nak ambil yang terbaik untuk santapan rohani. Tapi, apa yang saya paparkan di bawah mungkin boleh membantu ke arah pemantapan ibadat puasa. Ramai yang berpuasa di kalangan kita tapi yang menghayatinya...????

Pada hakikatnya puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan minum pada siang hari. Tetapi puasa yang sebenarnya ialah menegahkan diri daripada segala yang perkara haram, dosa dan maksiat seperti mengumpat, berbohong, menipu, memandang yang haram, memudaratkan orang lain dan sebagainya.

Sebahagian ulama berkata:"Ramai orang yang puasa, berbuka; dan ramai yang berbuka, berpuasa. Orang berbuka yang puasa ialah orang yang memelihara anggota badannya dari yang haram, padahal dia makan dan minum. Dan orang berpuasa yang berbuka ialah orang yang menahan makan dan minum hingga lapar dan dahaga, tetapi pada waktu yang sama dia membebaskan anggota badannya melakukan yang haram."

Sabda Rasuulllah s.a.w lagi :
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya: rasulullah s.a.w. bersabda:"Seringkali orang yang berpuasa itu hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga, dan sering kali orang yang bangun malam itu hanya sekadar berjaga."
(riwayat Tabarani)

Bagi menambahkan kebaikan, rahmat dan pahala dari Allah S.W.T. kaum muslimin dikehendaki mengundang kaum kerabat, jiran serta orang-orang yang dekat untuk makan bersama ketika berbuka.

Sabda Rasulullah lagi:
Diriwayatkan daripada Salman r.a.katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang menjamu orang yang berpuasa ketika berbuka dengan makanan dan minuman yang halal, maka malaikat mendokannya pada saat-saat bulan Ramadhan dan NJibril mendokannya pada malam al-Qadar."

Semoga sama-sama mendapat pengiktibaran menghayati bulan yang penuh berkat ini - Ramadan al-Mubarak.

Salam Ramadan 1429H/2008M

Malam tadi semasa berita Buletin Utama, aku dan anak-anak jua suami tidak sabar-sabar menunggu pengumuman puasa Ramadan. Suami kata jatuh hari Selasa..Aku kata hari Isnin. Anak-anak semua nak hari Isnin. Nampaknya suami sorang saja hari Selasa. Dan, masa yang ditunggu pun tiba Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja (bapa saudara suami Erra Fazira) mengumumkan puasa jatuh hari Isnin. Alhamdulillah. Terus kami sekeluarga bersiap siaga ke masjid Hj Ishak. Ambil keberkatan malam Ramadan yang pertama. Lalu, aku teringat bahawa setiap malam Ramadan itu sentiasa ada kelebihan-kelebihan tertentu. Sekadar menyentuh malam pertama hingga kelima, semoga dapat memberi info kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mengingat kembali.



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.



2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.



3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.



4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.



5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.



Akhir kalam dari hamba yang lemah ini, marilah kita berbuat amal salih dan kebaikan semoga puasa tahun ini menunjukkan kecemerlangan. Amin..

Selasa, Ogos 26, 2008

AMALAN PAGI BULAN RAMADAN

Ramadan datang lagi wahai umat Islam. Ada baiknya amalan pagi kita amalkan perkara-perkara ini.


1.Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya


2.Zikir


La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)


Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)


Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)


Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)



3.TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajika, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah , Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)



4.SELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali


5.SOLAT SUNAT



Solat sunat Isyraq

Solat sunat Dhuha

Solat sunat Tasbih dan

Membaca al-Quran



Semoga kita sama-sama beramal salih bagi mengihya'kan pagi Ramadan kita.

Sabtu, Ogos 23, 2008

Selamat Berangkat Mama..



Mama akan berangkat ke tanah suci 28 Ogos 2008..Anakanda doakan mama agar selamat berperjalanan pergi balik dan selamat mengerjakan ibadat dengan sempurna. Doa tulus anakanda mengiringi Mama.

Jumaat, Ogos 15, 2008

KALAU

Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin


Kalau kamu tua, beri nasihat dan jika kamu muda, terimalah nasihat.


Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati.


Kalau dua orang menunggang kuda, seorang mesti duduk di belakang.


Kalau engkau disuruh pilih, tentu engkau memilih.


Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.


Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini.


Kalau takut mati jangan hidup.


Kalau kita berkalau-kalau..anta fikirlah sendiri

Akhlaq : Pakaian Paling Mulia Untuk Anak Kita

Marilah kita sama-sama mentarbiyah anak-anak kita dengan sekalian akhlaq mulia yang ada. Benarlah mimpi Ustazah yang kerdil ini ketika 'bertemu' HAMKA, beliau berpesan.."Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan"

Marilah wahai sekalian ibu bapa kita ikut ajaran Nabi s.a.w maksudnya:"Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu"

Ingatlah!!"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya" maksud hadith.

Anak-anak permata hidup kita...

Khamis, Ogos 14, 2008

Tahlil Buat Ayahanda dan Nenda Tersayang


Tahlil Keluarga (gambar)
Malam ini malam Jumaat.Wahai anak-anak semua marilah kita menghayati malam jumaat ini buat mengingat orang yang sudah tiada di dunia ini. Mungkin anda telah kehilangan ibu tersayang, ayah tercinta, nenek..datuk..maka ada baiknya malam yang serba barakah ini kita perbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat al-Quran untuk insan-insan tersayang.Semoga ruhnya tenang dan damai..tahlil buat arwah pa.Amin

Cuti Sekolah

Ustazah nak gi mana cuti ni??Ustazah dah beli baju raya anak?Ustazah tempah biskut raya berapa lori???Ustazah buat apa untuk cuti 'terancam' budak-budak?Ustazah nak buat kelas hari apa..tolong fill in the blanks jadual kelas tambahan?Berapa banyak pertanyaan yang harus aku terima.Dalam akal fikiranku ini hanya satu perkara saja yang melekat bahawasanya "aku ingin percutian ini mengembalikan semula otot-ototku yang longgar", setelah berjaya menjadi 'pelumba pecut' mengejar bebudak culas solat..atau ponteng kelas..TAPI aku sedar tugas sebagai murabbi dan muaddib ini akan tiada hentinya kecuali berhentinya nafas dari jasadku.Aku ingin sekali perjuangan ikhlas untuk anak bangsaku mendapat ganjaran di 'sana'.Aku tidak ingin amalanku ini terpesong dari tugas kerana Allah menjadi 'lelah' semata-mata. Maka itu, ahlan wa sahlan cuti sekolahku dengan tangan terbuka minda terhebat aku terima apa jua lamaran untuk mengisi pintu cutiku.Jumpa lagi.

Sabtu, Ogos 09, 2008

Ceramah Isra' Mikraj

Sekolah ganti hari ini terisi dengan satu majlis ilmu iaitu Ceramah Isra' Mikraj. Sebenarnya sudah lama aku menantikan ceramah seperti ini paling tidak dua perkara akan terlaksana. Pertama, jiwaku..jiwa rakan guruku..serta para muridku akan dipayungi rahmat Allah Taala kerana jiwa yang kontang dengan kerohanian akan 'mengkemaraukan' jiwa manusia. Kedua, dapatlah mindaku rehat seketika setelah sekian lama bekerja.Aku menjemput al-Fadil Ustaz Azhar Yusof SMK Jabi.Beliau bukan sahaja 'ketua kelasku' semasa Ting.4 dulu malah kawan suamiku jua. Tapi, Hjh Nathrah sempat lagi membisikkan keralatannya kerana ceramah tadi tidak sampai pula ke Sidratul Muntaha.Nanti Hjh Na, saya akan cari dari sekalian laman yang ada untuk memutarkan perihal Isra' Mikraj Nabi Muhammad s.a.w secara bertulis. Walau apapun, syukran jazilan Ustaz Azhar. Budak-budak tadi ramai yang makin memahami kealpaan mereka terutama dalam aurat dan pergaulan bebas dengan bukan mahram. Jumpa lagi.

Ahlan Wa Sahlan Syaaban

Bulan syaaban mencul lagi. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Nabi s.a.w.:
Apabila masuk bulan syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.:
Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.:
Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi! : Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Dinamakan syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Semoga usia kita ini tersergam dengan sekalian ibadat di penghujung nafas yang entah bila akan berhenti denyutannya.

Jumaat, Ogos 08, 2008

Ahlan Wa Sahlan Jumaat

Setiap Jumaat adalah hari yang dinantikan oleh Umat sepertiku.Selain penghulu sekalian hari, Jumaat memberikan ruang dan peluang membaiki kelemahan diri setelah seminggu bergelut dengan masa kerja yang memenatkan tapi sebagai makhluk Allah yang serba-serbi kekurangan aku puas dengan kerjaku ini. Kenapa aku menanti hari Jumaat? Aku pasti boleh menyempurnakan tugasan rumahku dan rutin wanitaku membasuh, menjemur, mengangkat kain baju..memasak untuk keluarga tercinta..membelai anak-anak yang kurasakan cukup terabai pada hari-hari biasa.Dan, yang pasti aku dapat beristirahat bersama suami.Esok Sabtu 9.8.08 nampaknya sekolah ganti cuti raya.Pasti esok akan membuat aku terkejar mencari erti hidup yang tiada noktah ini selagi nafas ini diberi peluang untuk berjalan. Ahlan Wa Sahlan Jumaat akan datang. Akan kutunggu kedatanganmu wahai penghulu hariku.

Sabtu, Ogos 02, 2008

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini adabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan ’Ya,Allahjadikan hatiku bersih’
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minimum 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah‘Qulhu-allah’ sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.Katakan lah ’Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati ’Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif’. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb) , jangan dengar orang mengumpat.
’sampaikanlah pesanan ini walaupun 1′

hari ni KUDAP

cikgu za ada datang ajar buat blog.alhamdulillah...rasanya bolehlah buat sikit-sikit.

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails