Ahad, Mei 24, 2009

Luahan Hati Seorang Isteri

Salam syahdu buat sang arjuna yang bergelar 'bapak', 'suami', 'mas', 'kang'..atau sesiapa jua yang patut dipanggil lelaki. Kisahnya begini, sebagai 'ustazah' katakan, maka satu dua hal dijadikan juga tempat rujukan. Dari hal-hal hukum hakam, hinggalah soal rumahtangga suami isteri. Bukan 'buka pekung di dada' tapi sekadar menghurai kemelut di hati.
Kata kawan saya (nama dirahsiakan), "Ustazah, saya ada masalah sikit. Begini, saya rasa sedih sangat sebab suami saya macam tak endah sangat soal pelajaran anak-anak. Ustazah pun tahulah kan, sekarang ni musim exam..sekolah menengah exam, sekolah rendah exam...waktu malam lepas maghrib saya jadi lipas kudung. Mana nak sediakan makan malam. Mana nak ajar anak baca qur'an..mana nak ajar anak-anak buat latihan, esok nak exam. Suami saya lepas maghrib (alhamdulillah berjemaah), dia akan menghadap tv aje. Boleh tengok berita itu, berita ini. Macamana nak buat ustazah, tolonglah saya".
Saya kasihan jugalah mendengarnya. Isteri ni kadang-kadang bukan boleh diberi muka sangat. Haaa, itu kata-kata suami. Tapi bagi saya, saya serulah wahai suami kasihanilah isteri anda. Dia juga penat seperti anda. Hargailah isteri anda. Setiap bulan hadiahilah gelang emas ke..atau ajak makan kat hotel lima bintang ke...atau ajak shopping kat KB Mall, TESCO, Giant atau Mydin Mall. Paling tidak tukarkanlah 'hp'nya kepada telefon terkini, canggih dan comel. Janganlah suami pakai hp canggih, isteri pakai hp 'cap ayam'..Emm, barulah isteri tak mengeluh.
Hidup suami isteri ni kenalah saling bantu membantu, kerjasama. Bukankah Allah swt berfirman dalam al-Qur'an, "Isteri-isteri kamu adalah pakaian bagi kamu, dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka".
Wassalam. Jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. Salam..
    ye saya sangat setuju..bila isteri mula bersuara nak beli sesuatu..saya x de duit lah..tggu gaji lah..tapi bila dah gaji buat tak tau..n bila hujung bulan tau pula minta simpati isteri nak mintak bantuan kewangan..isteri mmglah bekerja dan ada duit sendiri tapi isteri ingin juga dihargai..kadang2 minta beli kasut punn lama nak tunggu berita..isteri penat dirumah, di pejabat, anak, suami semua nak di uruskan..kadang-kadang xde masa untuk diri sendiri..tapi suami buat tak reti..hanya mahu keperluannya dulu dipenuhi...mahu dimanjai..ingat isteri tu patung yang tiada hati..tenaga isteri mahu diperah semuanya..alasannya..kalau nak masuk syurga kena taat..aduhaiii..kami ni juga manusia ada hati dan perasaan tolonglahh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..ya..betul..sokong 200%. Hidup "tanpa nama".

      Padam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails