Jumaat, Mac 06, 2009

Selamat Hari Jadi!

Salam hari jadi buat sesiapa yang lahirnya bulan Mac (jua bulan januari dan februari) ini. Salam hari jadi walaupun terlewat untuk Kekanda Jailami, Abang Loh, Anakanda Abu Zarr Al-Ghifari, Anakanda Ezdiani. Adinda Nasirah pula, "Selamat Hari Jadi yang ke-36" pada 15.03 nanti (moga selamat kandungan dan bersalin). Salam hari jadi dan semoga panjang umur dimurahkan rezeki. Salam hari jadi semoga iman dan taqwa kian bertambah seiring usia yang pasti bertambah.
Sedapnya...: Kek Hari Jadi Ezdiani
1 Mac baru-baru ini, anakanda sulung berismu Nuzul Badree binti Termezi telah genap 15 tahun usianya. Selamat hari jadi anakandaku. Bonda senantiasa doakan agar anakanda dipanjangkan umur dan menjadi muslimah yang beriman dan bertaqwa. Menjadi pejuang untuk kemenjadian diri seorang insani. Bonda doakan agar anakanda sentiasa bijak memilih 'intan' dan 'permata' dalam pergaulan. Berhikmah menentukan matlamat masa depan.

Hujung bulan ini, akan tiba 'selamat hari jadi' untuk teman sebantal. Tentulah saya akan doakan dia agar bahagia di dunia dan akhirat...dulu-dulu saya akan kirimi sekeping kad hari jadi. Saya akan kirim melalui pos. Masa berubah..dunia sms tiba. Saya hantar gambar hari jadi beserta ucapan yang indah. Masa untuk membeli kad kian jauh. Kini, mungkin saya hantar kad melalui e-mail. Tapi, hakikatnya setiap tarikh itu sentiasa kekal dan terpahat dalam memori. Cuma, bila hari jadi saya..saya akan ucapkan hari jadi sendiri. Hantar ucapan sendiri. Dan membeli 'hadiah' sendiri kerana harijadi dan hari gaji sentiasa lambat lagi.

Selamat hari jadi!

2 ulasan:

  1. Syukran jazilan..ya ukhti lah ala ucapan itu..moga-moga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, permudahkan segala kerja dunia akhirat!! U ni untung jugak..sama-sama beringat tentang harijadi pasangan masing-masing.Bagi i pulak, masing-masing tak kisah...

    BalasPadam
  2. Terima kasih daun keladi. Ingat-ingatlah harijadi adinda etek. Bukan apa...saja je. hu hu hu..

    BalasPadam

Mungkin Anda Juga Minat

Related Posts with Thumbnails